Translate

Sunday, 16 March 2014



INTERAKSI SISTEM BIOLOGI DAN PERSEKITARAN DALAM KAWALAN MOTOR UNTUK PERMAINAN PETANQUE

Persekitaran menyediakan rangsangan, Sistem biologi pula ialah menerima dan memproses rangsangan tersebut. Keupayaan manusia melakukan pergerakan adalah hasil daripada interaksi antara sistem biologi dengan persekitaranya.

Persekitaran mempenegaruhi apa yang boleh dilakukan oleh sistem biologi dan pergerakan yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi adalah pergerakan –pergerakan yang relevan  atau yang sesuai dengan keadaan persekitaran.“Kesedaran “ sistem biologi terhadap pengaruh persekitaran ke atasnya ( dalam konteks penghasilan gerakan adalah dibolehkan oleh komponen yang dikenali sebagai sistem persepsi.

PERANAN SISTEM PERSEPSI.

Sistem persepsi berfungsi memberi “makna “ kepada perkara –perkara yang berlaku  didalam persekitaran masing-masing. Sistem persepsi berperanan mentafsir rangsangan yang wujud dalam persekitaran. Keupayaan persepsi dipengaruhi oleh tahap pengetahuan , pengalaman serta kemahiran motor.
Contohnya dalam permainan sepaktakraw , pemain menerima bola yang tinggi. Ini merupakan sejenis rangsangan visual. Sekiranya pemain tersebut seorang yang berpengalaman  dan berkemahiran tinggi beliau mungkin mempersepsikan  keadaan bola tersebut  sebagai hantaran mudah  dan boleh bertindak  dan boleh melibaskan bola tersebut.Bagi pemain yang kurang  kemahiran dan tidak mampu membuat libasan pula,  ia mungkin mempersepsikan  keadaan bola tersebut sebagai hantaran berisiko tinggi.

PERANAN SISTEM AKSI

Sistem aksi merealisasikan tafsiran sistem persepsi kepada bentuk pergerakan yang relevan dengan tafsiran tersebut. Proses merealisasikan tafsiran persepsi kepada kepada aksi dilaksanakan  menerusi tiga  proses.

1. Organisasi perlakuan; Proses sistem biologi yang mempersiapkan keoperluan untuk melakukan pergerakan yang dirancang . Sebagai contoh mebuat lontaran highlob depan boule lawan, proses organisasi lakuan bertanggungjawab memastikan sistem yang bakal terlibat dengan aksi tersebut, contohnya tangan, jari, tork bahu , lutut dan kaki sudah bersedia untuk melakukan perbuatan tersebut.

2. Pelaksanaan lakuan: Peringkat perlaksanaan pergerakan fizikal segala persiapan yang telah dilakukan dipringkat organisasi lakuan .

Proses perlaksanaan lakuan adalah pergerakan fizikal yang dapat dilihat
3. Pemantauan lakuan: Peringkat individu memperolehi pengalaman sensori daripada pergerakan yang telah dilakukan. Contoh pengalaman sensori yang dihasilkan dan perasaan yang dialami samada selesa atau tidak selesa.

No comments :

Post a Comment