Translate

Tuesday, 8 July 2014

SUMBANGAN KEJAYAAN PERMAINAN PETANQUE MENJADIKAN SEKOLAH MENENGAH JENGKA PUSAT MENJADI SEKOLAH KLUSTER  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  TAHUN 2014
PENGETUA SMK JENGKA PUSAT, TUAN HAJI MOHD ROZI BIN HAJI MOHD SANI MENERIMA SIJIL DAN REPLIKA  CEK  ATAS KEJAYAAN MENJADI SEKOLAH KLUSTER  KPM TAHUN 2014

 PENGETUA SMK JENGKA PUSAT, TUAN HAJI MOHD ROZI BIN HAJI MOHD SANI BERSAMA SIJIL DAN REPLIKA  CEK  RM 100,000.00 ATAS KEJAYAAN MENJADI SEKOLAH KLUSTER  KPM TAHUN 2014
1.0 Pendahuluan.
            Kejayaan SMKJP menjadi sekolah Kuster KPM pada 30 Jun 2014 kerana pencapaian yang cemerlang dalam akedemik peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM. Kejayaan ini turut dibantu oleh pencapaian cemerlang dalam permainan petanque oleh pelajar SMKJP. Sesunggguhnya ini adalah kejayaan yang paling bermakna  bagi warga SMKJP. Komitmen barisan pentadbiran, guru, pelajar yang tidak mengenal penat dan jemu merupakan resepi utama kejayaan.
            Permainan petanque di SMKJP telah bermula sejak tahun 2002. Permainan petanque diperkenalkan oleh ANGKASA kepada guru dan kakitangan di SMKJP. Beberapa orang guru telah menunjukkan komitmen yang agak baik ketika itu sebagai satu sukan pilihan. Beberapa siri kursus asas permainan petanque telah diikuti oleh pelajar dan guru. Sokongan dan galakkan dari pihak pentadbiran tertinggi di SMKJP menjadi teras kepada kemajuan permainan petanque di SMKJP. Pelajar-pelajar sekolah ini ketika itu memberikan sambutan dan komitmen yang tinggi. Guru-guru mengajar dan pelajar-pelajar berlatih dengan tekun.
            Bermula dengan menjadi pasukan belasahan lawan. Pada tahun 2005 penubuhan pasukan petanque SMKJP secara serius disusun.  Kombinasi semua pihak disekolah ini mula menunjukkan hasil bermula 2008. Pasukan SMKJP menjadi juara Zon 2 , Juara Pahang dan kemuncaknya menjadi Juara Kebangsaan 2008. Bermula dari sini pasukan SMKJP tidak lagi menjadi pasukan belasahan dan mula mendominasi pelbagai kejuaraan anjuran Angkasa , Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Pahang,  sirkit Pahang ,sirkit kebangsaan dan antarabangsa . Kejayaan tidak hanya di raih oleh pelajar daripada aliran perdana tetapi juga oleh pelajar pendidikan Khas.
2.0 Kemenjadian Pelajar dalam permainan petanque.
Keberhasilan dan kemenjadian pelajar dalam permainan petanque dicatatkan secara ringkas di bawah ini.
BIL
NAMA PELAJAR
TAHAP
PENCAPAIAN TERTINGGI
1
Ahmad Safwan
Pemain Kebangsaan
1.Pingat Gangsan SEA Games   2011.
2. Naib Johan Asia Pasifik 2011
2.
Mohd Itidzam Bin Mohd Nor
Pemain Kebangsaan
Pingat Perak Asean University Games 2012 di Vientiane Laos.
3.
Azfar Haris  Bin Mohd Aziz
Pemain SUKMA Pahang
1. Johan SUKMA 2012
4.
Mohd Syarizal Bin Saberi
Pemain SUKMA Pahang
1. Johan SUKMA 2012
5.
Ameer Asyraff Bin Abdul Mubin
Pemain SUKMA Pahang
1. Johan SUKMA 2012
6.
Nor Hashima Bin Hassan
Pemain SUKMA Pahang.
Pemain Piala Angkasa Pulau Pinang

7.
Mohd Akmal Bin Ismail
Pemain Piala Angkasa Pahang
1. Johan Kebangsaan 2008
8.
Mohd Arjuna Bin Anuar
Pemain Piala Angkasa Pahang
1. Johan Kebangsaan 2008
2. Keempat kebangsaan open WP 2014.
9.
Siti Aminah Binti Fauzi
Pemain Felda
1. Naib Johan Kejohanan Petanque Felda Kebangsaan 2014
10.
Zairul Azwani Rani
Pemain Piala Angkasa Pahang
1. Naib juara Kebangsaan 2013
11.
Mohd Nizar Akmal B Rahim
Pemain Piala Angkasa Pahang
1. Naib juara Kebangsaan 2013
12.
Nurul Ain Remli
Pemain UITM Pahang
1. Juara Karisma 2013
           

Usaha dari tahun 2002 hingga kini telah mendapat pelbagai pengiktiran dan anugerah.  Kemuncaknya pada 30 Jun 2014 sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah cluster permainan petanque KPM.  Pastinya kejayaan menjadi sekolah  kluster kerana prestasi dalam akedemik mencapai tahap yang  cemerlang.
Realitinya sekarang SMKJP ketandusan pemain yang berkaliber untuk menempa kejayaan diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pemain yang ada sekarang hanya sekadar boleh bermain tetapi mempunyai asas permainan yang baik. Dalam erti kata yang lain SMKJP mesti memulakan satu program baru seperti yang dilakukan pada tahun 2005. Tentunya ia memerlukan satu pengorbanan dan komitmen yang tinggi dari semua pihak di SMKJP.
            Kitaran program baru ini berbeza dengan program yang dimulakan pada tahun 2005. Pada masa itu kita bermula dari sifar. Kini berbeza kerana kita mempunyai pelbagai kekuatan,  kemudahan peralatan, dan kewangan. Peruntukankewangan dari KPM melebihi RM 20.000 .00 setahun merupakan peluang keemasan kepada pentadbiran untuk mendidik, dan membentuk kemenjadian pelajar yang lebih Berjaya melalui permainan petanque. Kemenangan merupakan penanda aras yang paling mudah untuk membuat penilaian. Bagi kita sebagai guru bukan setakat itu sahaja tetapi kita melihat kepada keberhasilan dan kejayaan yang lebih holistik merangkumi perkembangan Jasmani, emosi, Rohani dan intelektual pelajar.  SMKJP akan merangka program
1.      Meningkatkan kualiti prasana keperluan dalam permainan Petanque
1.1  Menaik taraf permukaan gelanggang
1.2  Mengemas dan mencantikkan batu penghadang keliling gelanggang utama dan pendidikan khas.
1.3  Membina bumbung gelanggang.
1.4  Membina kerusi tempat duduk penonton.
1.5  Menaik taraf lampu lempah di padang petanque.
1.6  Menaik taraf pondok gelanggang .
1.7  Membuat stor peralatan.
2.      Membeli peralatan permainan petanque.
2.1. Bola untuk pertandingan jenama obut
2.2. Jek
2.3  Gelung lontaran
2.4  Set shooting.
2.5 Papan skor
3. Pembangunan atlit baru.
     3.1 Menentukan ada sekurang-kurangnya 6 atlet lelaki dan perempuan daripada
            setiap tingkatan yang berpotensi untuk dijadikan  pemain-pemain utama masa
           akan datang.
     3.2 Mengadakan latihan yang berterusan terutama ketika musim cuti sekolah yang
           Panjang.
3.4  Mempunyai buku  manual asas permainan petanque .
     3.5 Mempunyai buku jadual latihan
     3.6 Menyertai pertandingan tertutup dan terbuka petanque.
     3.7  Mendapatkan jurulatih berlesen.
     3.8 Program kenalpasti bakat.
     3.9 Program motivasi
  
   
4. Program latihan  untuk atlet  utama pasukan sekolah.
    4.1 Dilatih oleh jurulatih yang berlesen
   4.2  Latihan sepanjang tahun
   4.3  Latihan insentif menjelang kejohanan target
   4.4  Latihan bermodule
   4.5  Latihan bersama atlet SUKMA
  4.6   Program motivasi

5. Jaringan luar dalam dan luar negara
   5.1. Perlawanan persahabatan dengan Universiti Malaysia Pahang
   5.2. Perlawanan persahabatan dengan UITM Pahang.
   5.3. Perlawanan persahabatan UPSI
   5.4  Perlawanan persahabatan  dengan Universiti Ramkhamhaeng Bangkok  
          Thailand, Kassimbundit Universty.
  5.4  Perlawanan dengan TIMNAS Petanque Indonesia, Jakabaring Palembang.

 6. Jalinan
    6.1 Perlawanan Persahabatan bersama dengan Sekolah Vokasional Teknik
          Muadzam.
   6.2  Perlawanan persahabatan dengan SMK Jengka 16
   6. 3 Perlawanan persahabatan dengan SMK Seri Bentong.

 
 7. Menyertai pertandingan petanque di Pelbagai Peringkat.
       7.1- Peringkat Daerah- MSSM, Piala Angkasa, Majlis Daerah Maran, Persatuan
              Daerah  dan sebagainya.
      7.2  Peringkat Negeri- MSSM , Piala Angkasa, Sirkit tertutup Pahang , pemilihan
             Sukma.
      7.3  Peringkat Kebangsaan – Piala Angkasa, Terbuka kebangsaan bagi setiap negeri
            Di Malaysia.
     7.4 Peringkat Antarabangsa – Jemputan antarabangsa Negara-negara ASEAN. Master
            De Petanque  Thailand. Asia Cup, Asia Pasifik, Worldcup, Terbuka antarabangsa
            Port Dicksons
8.  Pertandingan dalaman SMK Jengka Pusat
     8.1. Pertandingan antara rumah sukan – setahun sekali
     8.2. Sirkit dalaman SMKJP  4 kali setahun dua kategori senior dan novis
     8.3  Grand prix  akhir SMKJP
     8.4   Kejohanan antara kakitangan SMKJP.- 2 Kali setahun.
9. Perkembangan pelajar dan kakitangan dalam permainan petanque
      9.1 Mengikuti kursus asas dan lanjutan permainan petanque.
      9.2 Mengikuti kursus kejurulatihan permainan petanque tahap 1, 2 dan 3.
     9.3 Mengikuti kursus sains sukan tahap 1,2 dan 3.
     9.4 Mengikuti kursus dan seminar sukan petanque didalam dan luiar Negara.
10. Motivasi dan galakan.
       Memberikan hadiah dan galakan kepada setiap kejuaraan kejayaan dicapai
      mengikuti peringkat.
1.      Daerah  -  RM 50.00 seorang
2.      Negeri – RM 150.00 Seorang.
3.      Kebangsaan – RM 300.00 Seorang
4.      Antarabangsa- RM 1000.00 seorang

9.0       PENUTUP
9.1       SMK Jengka Pusat  diharapkan akan mengambil inisiatif memulakan segera perancangan diatas  dalam permainan petanque ini dan seterus dapat menguasai permainan ini dan menjadi pasukan yang memberi cabaran dalam kejohanan-kejohanan di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa.
9.2       Pengelibatan semua pihak di SMK Jengka Pusat secara bersungguh-sungguh akan memastikan status kebitaraan ini dapat dikekalkan. Jika tidak kecemerlangan yang telah dikecapi hanya akan tinggal dalam lipatan kenangan. Kita tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Kita mahu gah dan terus cemerlang dan gemilang.       

Disediakan Oleh,
Ibrahim Bin Huri
Penyelaras Kebitaraan Permainan Petanque SMKJP