Translate

Monday, 17 February 2014


ADPATASI  PERNAFASAN YANG BETUL UNTUK  PEMAIN-PEMAIN PETANQUE

(Sumber asal maklum ini darithttp://doknorm.blogspot.com)
(Bahan-bahan maklumat yang ada dalam entri ini adalah sumbernya sepenuh dari sumber yang diatas. Tujuan saya adalah sebagai memudahkan rujukan saya dan pelawat blog ini. Untuk memudahkan pencairan ilmu khasnya kepada peminat-peminat dan pemain petanque. Terlebih dahulu diucapkan jutaan terimakasih kepada /doknorm.blogspot.com). Saya galakkan kepada sesiapa yang terlawat keblog ini jangan tidak lawatlah ke doknorm.blogspot.com

Kepada pencinta sukan petanque amatilah akan doknorm blogspot.com kerana maklumat-maklumat ini akan membantu anda menjadi pemain petanque yang lebih hebat sekiranya diamalkan.

PERNAFASAN BETUL UNTUK MENGAWAL STRESS
 DAN MENCEGAH SAKIT JANTUNG


Penyakit jantung adalah penyakit pembunuh nombor satu didunia. Di Malaysia , lebihkurang 28,000 orang setahun akan mengalami serangan jantung setiap tahun. Kita selalu di nasihatkan oleh doktor untuk menjaga pemakanan, bersenam dan pengambilan suplemen atau ubat-ubat tertentu untuk mencegah sakit jantung. Stres adalah diantara faktor risiko yang dikaitkan dengan kesihatan jantung. Faktor emosi dan psikoloji yang diakibatkan oleh stres ini amat kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita dalam usaha membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Faktor emosi dan psikoloji yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung adalah seperti memendam kemarahan, berdendam, putus cinta , kurang disayangi dan dikasihi, mudah berputus asa, bersikap negatifdan sebagainya. Faktor-faktor ini memberikan kesan negatif kepada tubuh fizikal dan kesihatan jantung seseorang walaupun ianya adalah kesan psikoloji dan emosi sahaja. Pernafasan yang betul adalah cara terbaik mengawal impak stres kepada kesihatan jantung.

Apabila seseorang dilanda masalah stres yang kronik, mereka cenderung untuk bernafas dengan cara yang salah dengan tubuh menjadi kejang dan kaku. Dalam keadaan stress, seseorang akan bernafas dengan nafas yang pendek dengan kadar pernafasan yang laju dan hanya pergerakan dada tanpa melibatkan pergerakan bahagian perut atau abdomen. Seseorang yang ada masalah emosi yang sedih, stress fizikal dan mental stress akan bernafas dengan cara ini. Pernafasan yang tidak betul seperti ini jika berterusan untuk jangkamasa panjang akan mengganggu fizikal dan kesihatan jantung seseorang. Pernafasan yang baik adalah dengan pernafasan yang perlahan, berirama, sedutan nafas yang dalam dengan pergerakan abdomen yang akan menyebabkan sedutan oksigen yang maksimum.

Pernafasan dengan teknik yang betul adalah kaedah yang digunakan dalam banyak program mengurangkan stres. Ia adalah pelajaran yang pertama diajarkan dalam senaman yoga, meditasi dan sebagainya. Dalam bidang psikoterapi, pernafasan ‘dalam’ digunakan untuk mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Didalam meditasi, pernafasan dalam berpanjangan digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran. Terdapat banyak kajian menunjukkan, semasa bermeditasi, tekanan darah akan turun,degupan jantung akan perlahan, stres akan berkurangan dan fikiran menjadi tenang.

Kajian yang dijalankan di Harvard Medical School yang banyak membuat kajian tentang pernafasan dan ketenangan fikiran dengan memberikan istilah “Respon Kerehatan”(The Relaxation Response)yang menunjukkan keadaan fizikal yang rehat dan tenang yang melawan kesan fizikal dan emosional semasa stres. Kajian ini mendapati semasa mengamalkan pernafasan dalam dan menenangkan fikiran, secara fizikalnya akan berlaku penurunan tekanan darah, degupan jantung yang lebih perlahan, kadar pernafasan yang lebih perlahan dan otot-otot akan mula merehat atau relaks. Berlaku juga peningkatan paras nitrik oxida yang membantu melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh. Keadaan ini berlaku semasa senaman yoga, taichi, chi-gong dan meditasi. Jika kita benar-benar khusyuk dalam solat, keadaan yang serupa juga akan berlaku.

Menurut kajian oleh Harvard Medical School, 60 hingga 90 peratus pesakit yang berjumpa dengan doktor adalah kerana aduan penyakit atau kesakitan akibat stres seperti sakit kepala, sakit badan, sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan otot, rasa tidak bermaya, keletihan yang melampau, rasa mudah marah, tekanan perasaan, darah tinggi, sindrom pra-haid, sakit dada, buang air tidak lawas dan sebagainya. Oleh kerana itu, jika seseorang mengamalkan teknik pernafasan dan menenangkan fikiran dengan meditasi ini akan membantu mengurangkan gejala-gejala masalah akibat tekanan dan stres dalam kehidupan seharian. Menurut pendapat pengkaji dari Harvard ini, teknik pernafasan yang betul mampu menurunkan risiko mendapat serangan jantung untuk kesan jangkamasa panjangnya.

Anda boleh mengamalkan teknik tradisional (yoga, taichi, chi-gong, bertapa) atau teknik meditasi moden untuk mencapai ‘respon kerehatan’ ini. Anda juga boleh mengamalkan teknik yang mudah seperti yang saya terangkan.

• Duduklah dengan selesa, kemudian tutup mata.

• Longgarkan otot-otot badan anda dari kaki hingga ke kepala.

• Seterusnya bernafaslah melalui hidung dengan perlahan-lahan dan tumpukan kepada pernafasan anda. Semasa menarik nafas anda boleh membuat kiraan secara perlahan-lahan atau anda boleh berzikir menyebut nama Allah.

• Lakukannya selama sepuluh atau dua puluh minit bergantung tahap stres anda dan juga tahap kemahiran anda.

• Anda boleh membuka mata untuk melihat jam dan selepas selesai duduklah sebentar dan jangan terus berdiri. Jangan amalkan teknik ini selepas makan kerana ia perut yang terlalu kenyang akan mengganggu konsentrasi dan ketenangan fikiran.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan menangis dan ketawa juga baik untuk kesihatan jantung. Menangis dan ketawa kedua-duanya amat berkaitan dengan pernafasan seseorang sebagai reaksi kepada situasi dan keadaan yang berkenaan. Semasa menangis atau ketawa, pernafasan seseorang akan berubah dan mengikut rentak tertentu.

Kajian mendapati, semasa seseorang menangis atau ketawa otot jantung akan menjadi kurang tegang dan lebih relaks. Sedu-seduan semasa menangis akan menambahkan oksigen dalam darah dan meningkatkan pengambilan oksigen oleh sel-sel tubuh. Menangis akan menurunkan tekanan perasaan dan kekecewaan, oleh itu ia akan menurunkan tahap stres seseorang. Seseorang yang mampu mengekspresi perasaannya akan lebih mudah mengawal stres dan amat baik untuk kesihatan jantung. Kajian terbaru mendapati, seseorang yang memendam perasaan akan meningkatkan risiko penyakit jantung berbanding seseorang yang lebih mudah meluahkan perasaannya melalui tangisan atau ketawa.

Keadaan yang serupa apabila seseorang ketawa atau tersenyum kerana tindakbalas dari suatu situasi yang mengembirakan. Dengan ketawa akan menurunkan stres dan tekanan darah. Ketawa juga akan menambahkan kandungan oksigen dalam darah kerana kadar pernafasan bertambah, diafragma dan otot pernafasan akan bergerak dengan lebih baik. Ketawa juga boleh mengendurkan tekanan perasaan dan inilah yang dikatakan sebagai ‘ketawa adalah ubat yang terbaik’.

Hakikatnya faktor emosi dan psikoloji adalah faktor yang penting yang menyumbang kepada kesihatan jantung dan perlu juga diambil kira dalam usaha kita untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Walahualam

Dr Norman Mohd Norawi

8 TIPS MENGAWAL STRESS





Dalam musim pilihanraya sekarang semakin ramai yang stress. Calon-calon sudah semestinya stress kerana menunggukan hari pengundian, samada akan menjadi YB atau tidak dan pengundi juga stress tentang pilihan yang mana akan diundi pada 5 mei nanti.


Stress adalah satu keadaan dimana tubuh seseorang mengalami tekanan secara fizikal, emosional atau psikologikal. Dari sudut perubatan, stress adalah keadaan atau situasi yang yang memberi tekanan kepada sistem tubuh manusia.

Stress boleh berlaku akibat daripada tekanan fizikal seperti sakit atau kecederaan, tekanan psikologikal seperti takut, malu, risau, marah, kecewa dan kegembiraan yang berlebihan. Dalam zaman moden ini wang dan pekerjaan kita adalah punca stress yang utama. Suasana hidup yang sentiasa terburu-buru dan dengan cuaca panas serta kesesakan jalanraya adalah diantara punca stress bagi masyarakat di bandar-bandar besar.

Stress yang terkawal tidak akan mengancam kesihatan malahan ia amat penting sebagai satu motivasi untuk kita terus maju dalam kerjaya dan melaksanakan tugasan kita setiap hari. Stress yang melampau dan berlebihan setiap hari yang akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, degupan jantung tidak normal, kolesterol, kencing manis, kegemukan, strok, jangkitan kuman, kemurungan dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh kita kenalpasti samada kita dilanda masalah stress yang tidak terkawal. Diantaranya adalah seperti degupan jantung tidak menentu, rasa sesak nafas, rasa tidak selesa pada kawasan dada, pening dan rasa seperti ‘mabuk’, rasa kebas pada jari-jari, sakit belakang, sakit tengkuk, sakit pada kawasan belikat, lenguh-lenguh urat, sakit kepala berpanjangan, buang air tidak lawas, pedih ulu hati dan susah tidur malam.

Tanda-tanda psikoloji seperti mudah marah, cepat melenting, susah menumpukan perhatian pada kerja yang biasa kita lakukan, rasa lesu dan tidak bermaya, kerisauan yang berpanjangan, rasa lapar yang berpanjangan, banyak makan makanan yang ‘menenangkan hati’ (comfort food) seperti makanan manis, cokelat, kek dan sebagainya. Lain-lain tanda psikoloji adalah seperti kurang berminat dengan aktiviti yang biasanya diminati, memandu dengan laju dan melulu dan bagi perokok akan bertambah banyak menghisap rokok begitu juga bagi peminum arak akan lebih banyak minum arak.




Ada beberapa tips yang boleh saya berikan utnuk mengawal stress.

1. Makan dengan betul dan perlahan-lahan dengan tenang pada setiap kali waktu makan dan makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak tinggi dan makanan bergula tinggi. Minum susu dan kurangkan minuman seperti kopi dan teh.



2. Ambil suplemen tambahan seperti vitamin B kompleks, vitamin C, mineral, omega 3 dan anti oksidan yang secukupnya setiap hari.





3. Bersenam dan bergerak aktif setiap hari kerana tubuh yang aktif secara fizikal akan menghasilkan ‘endorfin’ yang boleh mengurangkan stress dan menaikkan mood.



4. Mendengar muzik yang kita suka. Ia berbeza mengikut individu dan latar belakang. Muzik yang mengingatkan kita kepada Allah dan Rasulnya akan menambahkan pahala disamping mengurangkan stress. Mendengan muzik juga menyebabkan endorfin dalam tubuh meningkat dan memberikan rasa tenang.



5. Menguruskan masa dengan baik dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan mengurangkan tahap stress. Membuat senarai semak perkara yang hendak dilakukan setiap hari boleh membantu bagi indiidu yang terlalu sibuk dan jadual yang ketat dan padat.



6. Membela haiwan kesayangan boleh membantu menurunkan stress apabila kita bermain dengan haiwan-haiwan ini seperti kucing , ikan , hamster dan sebagainya.





7. Berkongsi masalah dengan pasangan, rakan , keluarga dan sesiapa yang kita rasa selesa untuk berkongsi masalah boleh mengurangkan stress. Memendam rasa dengan masalah bersendirian akan menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan dan akan menyebabkan stress yang susah dikawal. Akhirnya ia boleh merosakkan kesihatan seseorang.



8. Menenangkan fikiran dengan beribadat secara khusyuk, berzikir, berdoa, bermeditasi dan sebagainya. Mengadu masalah dengan Allah SWT dan memohon pertolongan dengannya dengan beribadah dan berdoa adalah satu cara terbaik untuk kita mengawal stress dalam permasalahan seharian kita. Bersyukurlah kita kerana kita difardhukan solat lima kali sehari semalam. Dengan solat yang sempurna, insyaallah ebih mudah kita mengawal stress setiap hari. Mengingati Allah sudah pasti akan memberikan ketenangan yang sebenarnya, sebagaimana firman Allah dalam Al Quran:



“ Cukuplah dengan mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang”.



Insyaallah dengan mengawal stress dengan baik dengan beberapa tips yang saya telah berikan akan membantu kita mendapat kesihatan yang lebih baik. Kajian sains menunjukkan stress adalah diantara faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan pada zaman sekarang. Dengan mengawal stress kita, Insyaallah, kita akan mendapat kesihatan yang lebih baik.

Wallahu A’lam


Dr Norman Mohd Norawi

(MBBS, FAGE, MScAAARM)

MBBS, FAGE, MScAAARM (Sumber asal maklum ini darithttp://doknorm.blogspot.com)
(Bahan-bahan maklumat yang ada dalam entri ini adalah sumbernya sepenuh dari sumber yang diatas. Tujuan saya adalah sebagai memudahkan rujukan saya dan pelawat blog ini. Untuk memudahkan pencairan ilmu khasnya kepada peminat-peminat dan pemain petanque. Terlebih dahulu diucapkan jutaan terimakasih kepada /doknorm.blogspot.com). Saya galakkan kepada sesiapa yang terlawat keblog ini jangan tidak lawatlah ke doknorm.blogspot.com

WARM UP  COOLING DOWN  UNTUK PEMAIN-PEMAIN PETANQUE


                    Pemerhatian saya selama terlibat dalam permainan petanque kebanyakannya tidak menjalankan proses  dengan secukupnya. Sesetengahnya ada berkata kepada saya ia tidak perlu dalam permainan petanque. Saya tidak suka untuk berbahas atau menyanggah pendapat-pendapat rakan-rakan yang saya hormati. Apa pun disini eloklah kita melihat perkara ini dari sudut keperluan sukan itu sendiri yang amat memerlukan proses ini di lakukan sebelum memulakan sesuatu aktiviti fizikal. Bagi saya ia amat perlu dan akan memberikan banyak kebaikan dari segi kecergasan fizikal meskipun tidak menjamin kita untuk menjadi juara. Antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan nanti.

Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi beberapa informasi berkaitan dengan kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau bersenam agar ia menjadi tabiat (habit) yang dapat membantu anda. Berikut merupakan 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan:

1. Mengelakkan Kecederaan

 Kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.

 2. Meningkatkan Prestasi

Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.

3. Mengelakkan Kekejangan Otot

Seperti yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda

Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.

5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

6. Membantu Anda Tahan lebih Lama

Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.

7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus

Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.

Itulah dia 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan atau bersenam. Saya harap artikel ini dapat memberi tambahan ilmu kepada anda. Assalamualaikum.
    
                     Diruang ini saya mencadangkan aktiviti-aktiviti untuk dijadikan panduan untuk warmingup. Anda boleh ubahsuai mengikut keupayaan anda. Aktiviti ini mudah kerana tidak memerlukan sebarang peralatan.
  1. Workout Structure
  2. 3 Minutes warmup
  3. 17 Minutes Workout
A. Cardio warm up - 3 Minutes
  1. Leg swing  -  Right  Side                                   15 seconds
  2. Leg Swing -  Left  Side                                      15 Seconds
  3. Knee Up Rotation - Free hand                         30 Seconds
  4. Knee Up Rotation - Hand behind ears            30 Seconds
  5. Squats + Toe Touch Kicks                               30 Seconds
  6. Lines Jump                                                       30 Seconds
  7. Jumping Jacks                                                 30 Seconds
B. Hit Workout - 4 Exersises- Descending time interval: 60, 50,40 ,20 and 10 seconds. 10 seconds        between each. - 17 Minutes.

  1. Interval 60 Seconds - 4 minutes 10 seconds
  •  Flutter Kick Squats
  •  High Knee
  •  Burpees
  •  Jumping Jacks
  •  Rest -20 Seconds
2.   Interval  50 Second -    3 Minutes 10 seconds
3.  Interval   40 Seconds -  2 Minutes  50 seconds
4.  Interval  40  Seconds -  2 Minutes  50 seconds
5.  Interval   30 Seconds -  2 Minutes 30 Seconds
6.  Interval   20 Seconds -  1 Minutes 30 Seconds
7. Interval   10 Seconds  -  1 Minutes 

Menyejukkan badan
Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.


Boleh ubah suai. Saya pasti anda akan merasakan kesegaran dan akan rasa lebih sihat dan ceria.Ia akan meningkatkan kualiti dan kuantiti latihan dalam permainan petanque anda. Memudahkan kita untuk membuat - ibadat khasnya ibadat yang khususiah seperti sembahyang dan Haji. Selamat mencuba.  Assalamualaikum WBT. -Ibrahim Huri