INTERAKSI SISTEM
BIOLOGI DAN PERSEKITARAN DALAM KAWALAN MOTOR UNTUK PERMAINAN PETANQUE
Persekitaran menyediakan rangsangan, Sistem biologi pula
ialah menerima dan memproses rangsangan tersebut. Keupayaan manusia melakukan
pergerakan adalah hasil daripada interaksi antara sistem biologi dengan
persekitaranya.
Persekitaran mempenegaruhi apa yang boleh dilakukan oleh
sistem biologi dan pergerakan yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi adalah
pergerakan –pergerakan yang relevan atau
yang sesuai dengan keadaan persekitaran.“Kesedaran “ sistem biologi terhadap pengaruh persekitaran
ke atasnya ( dalam konteks penghasilan gerakan adalah dibolehkan oleh komponen
yang dikenali sebagai sistem persepsi.
PERANAN SISTEM PERSEPSI.
Sistem persepsi berfungsi memberi “makna “ kepada perkara
–perkara yang berlaku didalam
persekitaran masing-masing. Sistem persepsi berperanan mentafsir rangsangan
yang wujud dalam persekitaran. Keupayaan persepsi dipengaruhi oleh tahap
pengetahuan , pengalaman serta kemahiran motor.
Contohnya dalam permainan sepaktakraw , pemain menerima bola
yang tinggi. Ini merupakan sejenis rangsangan visual. Sekiranya pemain tersebut
seorang yang berpengalaman dan
berkemahiran tinggi beliau mungkin mempersepsikan keadaan bola tersebut sebagai hantaran mudah dan boleh bertindak dan boleh melibaskan bola tersebut.Bagi
pemain yang kurang kemahiran dan tidak
mampu membuat libasan pula, ia mungkin
mempersepsikan keadaan bola tersebut
sebagai hantaran berisiko tinggi.
PERANAN SISTEM AKSI
Sistem aksi merealisasikan tafsiran sistem persepsi kepada
bentuk pergerakan yang relevan dengan tafsiran tersebut. Proses merealisasikan
tafsiran persepsi kepada kepada aksi dilaksanakan menerusi tiga
proses.
1. Organisasi perlakuan; Proses sistem biologi yang
mempersiapkan keoperluan untuk melakukan pergerakan yang dirancang . Sebagai
contoh mebuat lontaran highlob depan boule lawan, proses organisasi lakuan
bertanggungjawab memastikan sistem yang bakal terlibat dengan aksi tersebut,
contohnya tangan, jari, tork bahu , lutut dan kaki sudah bersedia untuk
melakukan perbuatan tersebut.
2. Pelaksanaan lakuan: Peringkat perlaksanaan pergerakan
fizikal segala persiapan yang telah dilakukan dipringkat organisasi lakuan .
Proses perlaksanaan lakuan adalah pergerakan fizikal yang
dapat dilihat
3. Pemantauan lakuan: Peringkat individu memperolehi
pengalaman sensori daripada pergerakan yang telah dilakukan. Contoh pengalaman
sensori yang dihasilkan dan perasaan yang dialami samada selesa atau tidak
selesa.