Translate

Sunday, 23 February 2014



Taktikal  Dan Strategi dalam permainan petanque


Dalam usaha membentuk pasukan 4 perkara harus dipertimbangkan: 
  1. Strategi
 1.1  Definisi: Perancangan yang dibuat oleh persatuan, pengurus, jurulatih bagi menentukan kejayaan pasukan yang digerakkkan dari peringkat mula tercetus idea untuk membentuk pasukan sehingga kejohanan.
 1.2  Antara strategi yang harus difikirkan:
1.2.1     Memilih pegawai – jurulatih, pengurus, caperon
1.2.2     Memilih pemain
1.2.3     Mendapat sokongan
1.2.4     Kewangan
 
  1. Teknik
 2.1  Definisi:  Kemahiran melakukan sesuatu pergerakan degan kaedah yang betul bagi menghasil kesudahan yang dikehendaki
 2.2  Antara teknik yang diperlukan dalam permainan petanque:
2.2.1     Teknik membailing jack
2.2.2     Teknik melontar boule leret
2.2.3     Teknik menembak
 
  1. Stail
 3.1  Definisi:  Corak permainan yang akan digunakan dalam pertandingan berdasarkan jenis permain yang ada.
 3.2  Antara stail yang boleh difikirkan dalam permainan petanque
3.2.2     Pertahanan
3.2.3     Menyerang
  
  1. Tektikal
 4.1  Definisi:  Satu usaha/tindakan bagi menyelesaikan masaalah yang berlaku semasa kejohanan berjalan.
 4.2  Antara yang perlu difikirkan bagi melaksanakan sesuatu tektik ialah
4.2.1     Keadaan gelanggang
4.2.2     Keadaan cuaca
4.2.3     Kedudukan mata
4.2.4     Bilangan boule yang masih ada pada pasukan sendiri dan lawan
4.2.5     Keupayaan pemain sendiri dan pihak lawan
  



CATATAN KEJAYAAN- 23 FEBRUARY 2014.

KEJOHANAN PETANQUE "DOUBLE TERBUKA WILAYAH PERSEKUTUAN 2014

 Ahmad Safwan dan Nurul Izwan Juara Terbuka Wiilayah 

 Pada 22 - 23 February 2014. Saya membawa 5 orang pelajar SMKJP (Ameer, ude, togel,  mat esah.karat, -nama timanagan)  ke Taman Pudu Ulu  Cheras Kuala Lumpur. Dari Asrama SMKJP pukul 4.00 Pagi. Tahniah kerana pelajar ini begitu bersemangat. Sembahyang subuh di hentian rehat Gombak. Pukul 815 mula pertandingan. Yuran penyertaan RM 70. sepasukan.

Pemain-pemain lain, bekas pelajar SMKJP ramai yang hadhir. Ada Wak Juna, Ijam, Pa, Safwan. Ramai juga pemain AUG 2012  yang turut sama ( ain Melaka. Iwan Perak) Pemain UMP- lailatul. Seronok melihat mereka bermain. Mereka dah ada penaja dan boleh berdikari..Penginapan di hotel.Terima Kaseh En Zaimi dari Majlis Daerah Bera.

145 pasukan bertanding pada hari pertama. Pemain-pemain baru SMKJP bermain dengan baik. Amsyar dan Mat esah kalah dengan pasukan NAVY . Ameer dan ude kalah dgn ipin sea games (12- 13). Bagi cikgu merupakan satu permainan yang baik. Tak apa ia baru permulaan. Bekas pemain-pemain SMKJP memang agak berjaya. ramai yang lepas pusingan ketiga.

Malam pasukan SMKJP hanya beriktikaf di Masjid Taman Pudu Ulu. Ada ramai pelajar hafiz disini. Selepas solat maghrib semua mendengar kuliah maghrib (Anti Hadis- Kassim Ahmad), Makan lepas isyak, minta kebenaran imam untuk iktikaf. Terima Kaseh tok imam kerana bagi kami iktikaf. Sebelum tidur buat muzakarah adab masjid, bagun pukul 5.00 minta pelajar sembahyang tahajud. Lepas subuh dengar kuliah subuh (tajuk  bila ALLAH BERBICARA.

Menyaksikan bekas anak didik SMKJP bertarung. Keputusan akhirnya Ahmad Safwan dan  Wan Champ juara Lelaki. Dapat RM 3000.00. Tak Sangka Wak juna dapat tempat keempat (RM 1000) . Pemain UMP laialtul dapat naib Johan kategori  perempuan. Ain Melaka pemain AUG 2012 dapat Johan. 

Balik pukul 4.00 Petang. Makan di Sungai nerek. Dapat SMS daripada Shima ( bekas pemain SMKJP).   " Salam ckgu.. Shima ni.. alhmd td Johan Angkasa untuk Penang.  Pas tu tel shima, ucap tahniah.  

Tahniah cikgu ucapkan, Jangan lupa untuk bersedekah. Jika bersyukur Allah akan tambah lagi. Jangan rasa besar diri, anggap diri sentiasa perlu belajar dan hormat orang lain dan merendah diri.   Jumpa lagi.