Translate

Sunday, 16 February 2014



                                             Penglibatan di Persada Antarabangsa



     Bersama dengan kontingen Malaysia selaku Jurulatih  di Vientiane Laos Disember 2012. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak memberi pengalaman ertinya sebagai seorang jurulatih. Pencapaian 4 Perak dan 7 Gangsa dari 11 acara. Semua dapat tiada yang pulang dengan tangan kosong.  Terima kaseh Universiti Malaysia Pahang dan Majlis Sukan Universiti Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pemain Along, Angah, Wan . Atlet-atlet ini adalah golongan yang mempunyai kecergasan fizikal dan intelektual yang baik. Anda semua menjadi taruhan  harapan agama, keluarga, bangsa dan negara. Gunakanlah semua ini untuk membela agama, keluarga, bangsa dan negara. Semoga anda semua menjadi anak lelaki yang solleh dan perempuan yang solehah. Berjaya dunia akhirat. 





Mengajar Petanque di SMK Bukit Goh

15 February 2014- Saya mengajar pelajar-pelajar SMK Bukit Goh, Kuantan  mengenai asas permainan   petanque.  Sesi dibahagi 2 iaitu teori dan praktikal. Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru. Mereka kelihatan begitu berminat semasa penerangan. Minat semakin ketara apabila latihan praktikal dilakukan.
Bersama saya turut membawa lima orang pelajar lelaki Smkjp.

Setelah sesi tamat , saya tutup dengan sesi penilaian. Hasilnya pelajar-pelajar kelihatan sangat gembira mendapati kemahiran mereka semakin bertambah. Begitu juga  dengan guru-guru penasihat persatuan.
Sempat juga pelajar-pelajar Smkjp mengadakan pertandingan persahabatan dengan pelajar SMK Bukit Goh.

Tamat pukul 5.00 petang saya dan pelajar Smkjp bergerak ke Balok untuk sesi latihan bersama saya di
Gelanggang Petanque Balok pada hari esok (Ahad). Sampai di pantai Balok,  Pelajar  mandi di Pantai. Pukul 7.30 Solat jamak maghrib dan isyak. Lepas adakan tahlil dan tazkirah. Tidur dan iktikaf disurau Balok. Pagi solat subuh, tazkirah dan makan. Setelah itu mengadakan aktiviti latihan kecergasan fizikal. Pelajar saya tak mampu bertahan sehingga 20 minit. Tak larat.  Latihan pointing untuk hari ini saya tetapkan kepada berasaskan tapak. Jatuhan.  Pukul 1.30 solat jamak zohor asar dan makan.  Latihan disambung pukul 2.30 hingga 4.00 petang. Kemudian balik ke jengka.

Tahniah. kepada pelajar-pelajar ini kerana berdisiplin. Mereka dalam peringkat permulaan permainan petanque. Murid-murid ini saya pilih untuk mewakili kejohanan petanque Angkasa Negeri pada 7 MAC 2014. Masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan, dari segala aspek, Fizikal, Psykologikal, Taktikal dan teknik. Saya tertanya-tanya .. mampukah mereka mencapai kejayaan pelajar tahun lepas Johan zon dan negeri dan naib Johan Kebangsaan 2013. Saya positif jika mereka mahu berusaha. Masa ada lagi 22 hari.
Ayuh bangun , buat apa yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang juara. Ulangi kejayaan tahun 2008 kita Juara kebangsaan, Ketiga Kebangsaan 2010, Naib Johan Kebangsaan 2013. Apakah akan ada lagi kejayaan ini menjelma untuk tahun 2014. Minggu depan (22-23 Feb 2013) kita akan berlatih  di ABS Temerloh.