Translate

Monday, 3 March 2014




                                       

Pengurusan Pertandingan Petanque


1.            Peraturan umum
·         Dijalankan mengikut undang-undang rasmi  petanque berkuatkuasa sebagaimana diperuntukan oleh Fedration Internasional de Petanque (FIPJP) serta telah diterima oleh Perskutuan Petanque Malaysia.

2.            Peraturan Tambahan.
·         Jawatankuasa penganjur berhak mengadakan peraturan-peraturan tambahan yang tidak melibatkan peraturan umum.

3.            Melantik pegawai teknikal/ arbitre bertauliah.

4.            Melantik jawatankuasa pertandingan.

5.            Menentukan format petandingan – liga / dua kali kalah mati /
                  kalah mati

6.            Menyediakan borang pendaftaran – tarikh/ masa tutup

7.            Menjalankan pengundian.

8.            Penentuan kemenangan – mata kemenangan / seri .

9.            Kategori – Single, doubles/ triples.

10.         Kategori jantina – lelaki / perempuan / campuran.

11.         Peringkat umur – kanak-kanak/ remaja / dewasa

12.         Acara – individu / berpasukan.

13.         Melantik jawatankuasa bantahan/ rayuan.

14.         Pakaian – kemeja T berkolar/ slack

15.         Peralatan pertandingan – score board , score sheet, jadual berformat


Contoh  Format Pertandingan

Nama Kejohanan                :           Kejohanan Doubles Tebuka Lelaki.

Penyertaan                           :           60 pasukan

Format pertandingan          :           Dua kali kalah mati dan kalah mati

Pengendalian                     
·         Pusingan pertama
-       undi kepada 16 kumpulan. ( Kumpulan A – P )
-       Setiap kumpulan terdiri daripada 4 dan 3 pasukan.
-       Dijalankan secara dua kali kalah mati.
-       Johan dan naib johan kumpulan layak ke pusingan kedua.

·         Pusingan  Kedua
-       Tinggal 32 pasukan
-       Undi kepada 8 Kumpulan ( Kumpulan A – H )
-       Asingkan Johan dan naib johan berada dalam kumpulan sama.
-       Setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.
-       Dijalankan secara dua kali kalah mati.
-       Johan dan naib johan layak ke pusingan ketiga.

·         Pusingan  Ketiga
-       Tinggal 16 pasukan
-       Format / jadual telah disediakan
-       Dijalankan secara kalah mati.
-       8 pasukan yang menang layak ke peringkat suku akhir

·         Peringkat Suku akhir
-       8 pasukan.
-       Jadual / format  telah disediakan.
-       Dijalan secara kalah mati.
-       4 pasukan yang menang layak ke separuh akhir.
-       4 pasukan kalah boleh bertanding untuk tempat ke-5 – ke-8
Atau tidak bertanding terpulang kepada penganjur.

·         Peringkat Separuh akhir
-       4 pasukan
-       Jadual/ format telah disediakan
-       2 pasukan yang menang layak ke pertandingan akhir
-       2 pasukan yang kalah bertanding untuk tempat ke-3 dan ke-4.

Menyediakan  Borang Pertandingan


1             Jadual pengundian kumpulan – pusingan awal

2             Format dua kali kalah mati/ contoh pengisian

3             Score Sheet

4             Format dua kali kalah mata untuk 5 pasukan.

5             Jadual pertandingan 16 kumpulan pada pusingan ke-3

6             Jadual pertandingan bermula suku akhir

7             Format liga 8 pasukan



Contoh Persiapan Program Penyediaan Atlet  Petanque SMK Jengka Pusat , 25400 bandar Jengka (10 orang)

Anda dikehendaki menyediakan satu program penyediaan Atlet seramai 1o orang yang berumur di antara 12 tahun hingga 15 tahun (.

Anda dibolehkan menggunakan semua atlet tersebut dari satu janti atau gabungan.

Atlet-atlet tersebut boleh diambil dari kalangan pelajar sekolah (dapatkan kebenaran Pengetua / Guru Besar), ahli keluarga sendiri atau pendudukan kampung / taman anda.

Persiapan program hendaklah dihantar kepada kami 2 bulan selepas kursus.

Buku program hendaklah diserah secara hard copy dan digalakkan juga diserta CD.

Antara kadungannya:

  1. Biodata jurulatih dengan gambar
  2. Biodata atlet dengan gambar 
  3. Objektif program
  4. Strategi pembentukan atlet
4.1    Mendapatkan atlet
4.2    Punca kewangan
4.3    Kemudahan dan peralatan
4.4    Sokongan
4.5    Sasaran latihan
4.6    Pertandingan
4.7    Sasaran Pencapaian
4.8    Lain-lain

  1. Jadual latihan
  2. Catatan kedatangan atlet
  3. Catatan perubahan pencapaian atlet
  4. Surat menyurat yang telah dikeluarkan


Latihan Ketepatan Menembak.

Latihan 1

                                                                                       
  1. Bulatan pada jarak 6, 7, 8 & 9 meter dari boule target
  2. Jarak beluti halangan dari boule target sejauh 8cm
  3. Tinggi beluti 7 hingga 8 cm
  4. Jarak antara boule target 8 cm
  5. Setiap pelatih diberi 3 cubaan bagi setiap jarak. (12 cubaan bagi satu set)
  6. Dicadangkan setiap pelatih melaksanakan 10 set dalam satu latihan.
  7. Latihan dimulai dengan boule sebelah kanan. Jika gagal jangan diulang.


Latihan 2


  1. Bulatan pada jarak 6, 7, 8 & 9 meter dari boule target
  2. Jarak beluti halangan dari boule target sejauh 8cm
  3. Diameter bulatan bagi boule target ialah 1 meter
  4. Jarak antara boule target 8 cm
  5. Setiap pelatih diberi 3 cubaan bagi setiap jarak. (12 cubaan bagi satu set)
  6. Dicadangkan setiap pelatih melaksanakan 10 set dalam satu latihan.
  7. Latihan dimulai dengan boule sebelah kanan. Jika gagal jangan diulang.
  8. Hanya dikira mengena sekiranya boule yang dilontar jatuh dalam bulatan 1 meter.

Latihan Pointing

Latihan 1 (Lob berdiri)

  1. Bulatan pada jarak 5, 6, 7 & 8 meter dari tempat jatuhan (landing spot)
  2. Jarak tali rintangan dari tempat jatuhan 2 meter
  3. Diameter bulatan tempat jatuhan berbeza ikut intensity; 30cm turun ke 4 cm
  4. Ketinggian tali rintangan sekurang-kurangnya 1.5 meter
  5. Setiap pelatih diberi 3 cubaan bagi setiap jarak. (12 cubaan bagi satu set)
  6. Dicadangkan setiap pelatih melaksanakan 10 set dalam satu latihan.

Latihan 2

  1. Sama seperti di atas, tetapi kali ini diletakkan jack pada jarak 3 hingga 4 meter dari tali rintangan.
  2. Bulatan tempat jatuhan ditiadakan
  3. Pelatih diminta malakukan pointing secara lope dan boulenya berhenti pada jarak tidak kurang daripada 30cm dari jack