Konsep system bandul dalam permainan
petanque
Sitem bandul dapat
dijadikan panduan yang baik dan asas
meningkatkan presatasi dalam permainan petanque. Bayangkan gerakan ayunan
lengan anda seperti tali dan boule
sebagai besi ladung dalam satu ayunan buaian bandul dalam makmal sains. Tangan
tergantung teguh di tengah-tengah bahu anda. Luruskan tangan sepenuhnya ke bawah
dan boule dipegang dalam bentuk pendulum dalam kedudukan yang neutral, santai
dan rehat. Bandingkan ini dengan diri anda berdiri di dalam bulatan, rehatkan
lengan anda, dan ini membolehkan berat boule untuk berat bawah lengan anda ke
dalam satu garis lurus. . Mts mengikut berat boule akan membolehkan anda merasakan lengan anda
lurus dan inilah potensi hayunan yang
membawa kepada ketepatan. Sebarang perbuatan membengkokkan lengan semasa
membuat lontaran akan mengujudkan tenaga tambahan . Sebarang kemungkinan
menyebabkan tangan bengkok, membias, mengibas ke kiri atau kanan perlu
difkirkan terlebih dahulu akan puncanya. Persiapankan diri supaya penyelesaian
terhadap masalah ini diketahui dan boleh dilakukan. Melalui ini lontaran yang
tepat dilakukan secara konsisten. Hal ini dapat memanfaatkan kuasa penuh yang
dicipta oleh berat boule itu. Sekarang mari kita meletakkan bahawa kuasa
semulajadi oleh system bandul untuk digunakan dalam permainan petanque.