Translate

Monday, 3 March 2014



Latihan Ketepatan Menembak.

Latihan 1

                                                                                       
  1. Bulatan pada jarak 6, 7, 8 & 9 meter dari boule target
  2. Jarak beluti halangan dari boule target sejauh 8cm
  3. Tinggi beluti 7 hingga 8 cm
  4. Jarak antara boule target 8 cm
  5. Setiap pelatih diberi 3 cubaan bagi setiap jarak. (12 cubaan bagi satu set)
  6. Dicadangkan setiap pelatih melaksanakan 10 set dalam satu latihan.
  7. Latihan dimulai dengan boule sebelah kanan. Jika gagal jangan diulang.


Latihan 2


  1. Bulatan pada jarak 6, 7, 8 & 9 meter dari boule target
  2. Jarak beluti halangan dari boule target sejauh 8cm
  3. Diameter bulatan bagi boule target ialah 1 meter
  4. Jarak antara boule target 8 cm
  5. Setiap pelatih diberi 3 cubaan bagi setiap jarak. (12 cubaan bagi satu set)
  6. Dicadangkan setiap pelatih melaksanakan 10 set dalam satu latihan.
  7. Latihan dimulai dengan boule sebelah kanan. Jika gagal jangan diulang.
  8. Hanya dikira mengena sekiranya boule yang dilontar jatuh dalam bulatan 1 meter.

Latihan Pointing

Latihan 1 (Lob berdiri)

  1. Bulatan pada jarak 5, 6, 7 & 8 meter dari tempat jatuhan (landing spot)
  2. Jarak tali rintangan dari tempat jatuhan 2 meter
  3. Diameter bulatan tempat jatuhan berbeza ikut intensity; 30cm turun ke 4 cm
  4. Ketinggian tali rintangan sekurang-kurangnya 1.5 meter
  5. Setiap pelatih diberi 3 cubaan bagi setiap jarak. (12 cubaan bagi satu set)
  6. Dicadangkan setiap pelatih melaksanakan 10 set dalam satu latihan.

Latihan 2

  1. Sama seperti di atas, tetapi kali ini diletakkan jack pada jarak 3 hingga 4 meter dari tali rintangan.
  2. Bulatan tempat jatuhan ditiadakan
  3. Pelatih diminta malakukan pointing secara lope dan boulenya berhenti pada jarak tidak kurang daripada 30cm dari jack











No comments :

Post a Comment