Translate

Monday, 17 February 2014


ADPATASI  PERNAFASAN YANG BETUL UNTUK  PEMAIN-PEMAIN PETANQUE

(Sumber asal maklum ini darithttp://doknorm.blogspot.com)
(Bahan-bahan maklumat yang ada dalam entri ini adalah sumbernya sepenuh dari sumber yang diatas. Tujuan saya adalah sebagai memudahkan rujukan saya dan pelawat blog ini. Untuk memudahkan pencairan ilmu khasnya kepada peminat-peminat dan pemain petanque. Terlebih dahulu diucapkan jutaan terimakasih kepada /doknorm.blogspot.com). Saya galakkan kepada sesiapa yang terlawat keblog ini jangan tidak lawatlah ke doknorm.blogspot.com

Kepada pencinta sukan petanque amatilah akan doknorm blogspot.com kerana maklumat-maklumat ini akan membantu anda menjadi pemain petanque yang lebih hebat sekiranya diamalkan.

PERNAFASAN BETUL UNTUK MENGAWAL STRESS
 DAN MENCEGAH SAKIT JANTUNG


Penyakit jantung adalah penyakit pembunuh nombor satu didunia. Di Malaysia , lebihkurang 28,000 orang setahun akan mengalami serangan jantung setiap tahun. Kita selalu di nasihatkan oleh doktor untuk menjaga pemakanan, bersenam dan pengambilan suplemen atau ubat-ubat tertentu untuk mencegah sakit jantung. Stres adalah diantara faktor risiko yang dikaitkan dengan kesihatan jantung. Faktor emosi dan psikoloji yang diakibatkan oleh stres ini amat kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita dalam usaha membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Faktor emosi dan psikoloji yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung adalah seperti memendam kemarahan, berdendam, putus cinta , kurang disayangi dan dikasihi, mudah berputus asa, bersikap negatifdan sebagainya. Faktor-faktor ini memberikan kesan negatif kepada tubuh fizikal dan kesihatan jantung seseorang walaupun ianya adalah kesan psikoloji dan emosi sahaja. Pernafasan yang betul adalah cara terbaik mengawal impak stres kepada kesihatan jantung.

Apabila seseorang dilanda masalah stres yang kronik, mereka cenderung untuk bernafas dengan cara yang salah dengan tubuh menjadi kejang dan kaku. Dalam keadaan stress, seseorang akan bernafas dengan nafas yang pendek dengan kadar pernafasan yang laju dan hanya pergerakan dada tanpa melibatkan pergerakan bahagian perut atau abdomen. Seseorang yang ada masalah emosi yang sedih, stress fizikal dan mental stress akan bernafas dengan cara ini. Pernafasan yang tidak betul seperti ini jika berterusan untuk jangkamasa panjang akan mengganggu fizikal dan kesihatan jantung seseorang. Pernafasan yang baik adalah dengan pernafasan yang perlahan, berirama, sedutan nafas yang dalam dengan pergerakan abdomen yang akan menyebabkan sedutan oksigen yang maksimum.

Pernafasan dengan teknik yang betul adalah kaedah yang digunakan dalam banyak program mengurangkan stres. Ia adalah pelajaran yang pertama diajarkan dalam senaman yoga, meditasi dan sebagainya. Dalam bidang psikoterapi, pernafasan ‘dalam’ digunakan untuk mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Didalam meditasi, pernafasan dalam berpanjangan digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran. Terdapat banyak kajian menunjukkan, semasa bermeditasi, tekanan darah akan turun,degupan jantung akan perlahan, stres akan berkurangan dan fikiran menjadi tenang.

Kajian yang dijalankan di Harvard Medical School yang banyak membuat kajian tentang pernafasan dan ketenangan fikiran dengan memberikan istilah “Respon Kerehatan”(The Relaxation Response)yang menunjukkan keadaan fizikal yang rehat dan tenang yang melawan kesan fizikal dan emosional semasa stres. Kajian ini mendapati semasa mengamalkan pernafasan dalam dan menenangkan fikiran, secara fizikalnya akan berlaku penurunan tekanan darah, degupan jantung yang lebih perlahan, kadar pernafasan yang lebih perlahan dan otot-otot akan mula merehat atau relaks. Berlaku juga peningkatan paras nitrik oxida yang membantu melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh. Keadaan ini berlaku semasa senaman yoga, taichi, chi-gong dan meditasi. Jika kita benar-benar khusyuk dalam solat, keadaan yang serupa juga akan berlaku.

Menurut kajian oleh Harvard Medical School, 60 hingga 90 peratus pesakit yang berjumpa dengan doktor adalah kerana aduan penyakit atau kesakitan akibat stres seperti sakit kepala, sakit badan, sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan otot, rasa tidak bermaya, keletihan yang melampau, rasa mudah marah, tekanan perasaan, darah tinggi, sindrom pra-haid, sakit dada, buang air tidak lawas dan sebagainya. Oleh kerana itu, jika seseorang mengamalkan teknik pernafasan dan menenangkan fikiran dengan meditasi ini akan membantu mengurangkan gejala-gejala masalah akibat tekanan dan stres dalam kehidupan seharian. Menurut pendapat pengkaji dari Harvard ini, teknik pernafasan yang betul mampu menurunkan risiko mendapat serangan jantung untuk kesan jangkamasa panjangnya.

Anda boleh mengamalkan teknik tradisional (yoga, taichi, chi-gong, bertapa) atau teknik meditasi moden untuk mencapai ‘respon kerehatan’ ini. Anda juga boleh mengamalkan teknik yang mudah seperti yang saya terangkan.

• Duduklah dengan selesa, kemudian tutup mata.

• Longgarkan otot-otot badan anda dari kaki hingga ke kepala.

• Seterusnya bernafaslah melalui hidung dengan perlahan-lahan dan tumpukan kepada pernafasan anda. Semasa menarik nafas anda boleh membuat kiraan secara perlahan-lahan atau anda boleh berzikir menyebut nama Allah.

• Lakukannya selama sepuluh atau dua puluh minit bergantung tahap stres anda dan juga tahap kemahiran anda.

• Anda boleh membuka mata untuk melihat jam dan selepas selesai duduklah sebentar dan jangan terus berdiri. Jangan amalkan teknik ini selepas makan kerana ia perut yang terlalu kenyang akan mengganggu konsentrasi dan ketenangan fikiran.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan menangis dan ketawa juga baik untuk kesihatan jantung. Menangis dan ketawa kedua-duanya amat berkaitan dengan pernafasan seseorang sebagai reaksi kepada situasi dan keadaan yang berkenaan. Semasa menangis atau ketawa, pernafasan seseorang akan berubah dan mengikut rentak tertentu.

Kajian mendapati, semasa seseorang menangis atau ketawa otot jantung akan menjadi kurang tegang dan lebih relaks. Sedu-seduan semasa menangis akan menambahkan oksigen dalam darah dan meningkatkan pengambilan oksigen oleh sel-sel tubuh. Menangis akan menurunkan tekanan perasaan dan kekecewaan, oleh itu ia akan menurunkan tahap stres seseorang. Seseorang yang mampu mengekspresi perasaannya akan lebih mudah mengawal stres dan amat baik untuk kesihatan jantung. Kajian terbaru mendapati, seseorang yang memendam perasaan akan meningkatkan risiko penyakit jantung berbanding seseorang yang lebih mudah meluahkan perasaannya melalui tangisan atau ketawa.

Keadaan yang serupa apabila seseorang ketawa atau tersenyum kerana tindakbalas dari suatu situasi yang mengembirakan. Dengan ketawa akan menurunkan stres dan tekanan darah. Ketawa juga akan menambahkan kandungan oksigen dalam darah kerana kadar pernafasan bertambah, diafragma dan otot pernafasan akan bergerak dengan lebih baik. Ketawa juga boleh mengendurkan tekanan perasaan dan inilah yang dikatakan sebagai ‘ketawa adalah ubat yang terbaik’.

Hakikatnya faktor emosi dan psikoloji adalah faktor yang penting yang menyumbang kepada kesihatan jantung dan perlu juga diambil kira dalam usaha kita untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Walahualam

Dr Norman Mohd Norawi

8 TIPS MENGAWAL STRESS





Dalam musim pilihanraya sekarang semakin ramai yang stress. Calon-calon sudah semestinya stress kerana menunggukan hari pengundian, samada akan menjadi YB atau tidak dan pengundi juga stress tentang pilihan yang mana akan diundi pada 5 mei nanti.


Stress adalah satu keadaan dimana tubuh seseorang mengalami tekanan secara fizikal, emosional atau psikologikal. Dari sudut perubatan, stress adalah keadaan atau situasi yang yang memberi tekanan kepada sistem tubuh manusia.

Stress boleh berlaku akibat daripada tekanan fizikal seperti sakit atau kecederaan, tekanan psikologikal seperti takut, malu, risau, marah, kecewa dan kegembiraan yang berlebihan. Dalam zaman moden ini wang dan pekerjaan kita adalah punca stress yang utama. Suasana hidup yang sentiasa terburu-buru dan dengan cuaca panas serta kesesakan jalanraya adalah diantara punca stress bagi masyarakat di bandar-bandar besar.

Stress yang terkawal tidak akan mengancam kesihatan malahan ia amat penting sebagai satu motivasi untuk kita terus maju dalam kerjaya dan melaksanakan tugasan kita setiap hari. Stress yang melampau dan berlebihan setiap hari yang akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, degupan jantung tidak normal, kolesterol, kencing manis, kegemukan, strok, jangkitan kuman, kemurungan dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh kita kenalpasti samada kita dilanda masalah stress yang tidak terkawal. Diantaranya adalah seperti degupan jantung tidak menentu, rasa sesak nafas, rasa tidak selesa pada kawasan dada, pening dan rasa seperti ‘mabuk’, rasa kebas pada jari-jari, sakit belakang, sakit tengkuk, sakit pada kawasan belikat, lenguh-lenguh urat, sakit kepala berpanjangan, buang air tidak lawas, pedih ulu hati dan susah tidur malam.

Tanda-tanda psikoloji seperti mudah marah, cepat melenting, susah menumpukan perhatian pada kerja yang biasa kita lakukan, rasa lesu dan tidak bermaya, kerisauan yang berpanjangan, rasa lapar yang berpanjangan, banyak makan makanan yang ‘menenangkan hati’ (comfort food) seperti makanan manis, cokelat, kek dan sebagainya. Lain-lain tanda psikoloji adalah seperti kurang berminat dengan aktiviti yang biasanya diminati, memandu dengan laju dan melulu dan bagi perokok akan bertambah banyak menghisap rokok begitu juga bagi peminum arak akan lebih banyak minum arak.




Ada beberapa tips yang boleh saya berikan utnuk mengawal stress.

1. Makan dengan betul dan perlahan-lahan dengan tenang pada setiap kali waktu makan dan makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak tinggi dan makanan bergula tinggi. Minum susu dan kurangkan minuman seperti kopi dan teh.



2. Ambil suplemen tambahan seperti vitamin B kompleks, vitamin C, mineral, omega 3 dan anti oksidan yang secukupnya setiap hari.





3. Bersenam dan bergerak aktif setiap hari kerana tubuh yang aktif secara fizikal akan menghasilkan ‘endorfin’ yang boleh mengurangkan stress dan menaikkan mood.



4. Mendengar muzik yang kita suka. Ia berbeza mengikut individu dan latar belakang. Muzik yang mengingatkan kita kepada Allah dan Rasulnya akan menambahkan pahala disamping mengurangkan stress. Mendengan muzik juga menyebabkan endorfin dalam tubuh meningkat dan memberikan rasa tenang.



5. Menguruskan masa dengan baik dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan mengurangkan tahap stress. Membuat senarai semak perkara yang hendak dilakukan setiap hari boleh membantu bagi indiidu yang terlalu sibuk dan jadual yang ketat dan padat.



6. Membela haiwan kesayangan boleh membantu menurunkan stress apabila kita bermain dengan haiwan-haiwan ini seperti kucing , ikan , hamster dan sebagainya.





7. Berkongsi masalah dengan pasangan, rakan , keluarga dan sesiapa yang kita rasa selesa untuk berkongsi masalah boleh mengurangkan stress. Memendam rasa dengan masalah bersendirian akan menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan dan akan menyebabkan stress yang susah dikawal. Akhirnya ia boleh merosakkan kesihatan seseorang.



8. Menenangkan fikiran dengan beribadat secara khusyuk, berzikir, berdoa, bermeditasi dan sebagainya. Mengadu masalah dengan Allah SWT dan memohon pertolongan dengannya dengan beribadah dan berdoa adalah satu cara terbaik untuk kita mengawal stress dalam permasalahan seharian kita. Bersyukurlah kita kerana kita difardhukan solat lima kali sehari semalam. Dengan solat yang sempurna, insyaallah ebih mudah kita mengawal stress setiap hari. Mengingati Allah sudah pasti akan memberikan ketenangan yang sebenarnya, sebagaimana firman Allah dalam Al Quran:



“ Cukuplah dengan mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang”.



Insyaallah dengan mengawal stress dengan baik dengan beberapa tips yang saya telah berikan akan membantu kita mendapat kesihatan yang lebih baik. Kajian sains menunjukkan stress adalah diantara faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan pada zaman sekarang. Dengan mengawal stress kita, Insyaallah, kita akan mendapat kesihatan yang lebih baik.

Wallahu A’lam


Dr Norman Mohd Norawi

(MBBS, FAGE, MScAAARM)

MBBS, FAGE, MScAAARM (Sumber asal maklum ini darithttp://doknorm.blogspot.com)
(Bahan-bahan maklumat yang ada dalam entri ini adalah sumbernya sepenuh dari sumber yang diatas. Tujuan saya adalah sebagai memudahkan rujukan saya dan pelawat blog ini. Untuk memudahkan pencairan ilmu khasnya kepada peminat-peminat dan pemain petanque. Terlebih dahulu diucapkan jutaan terimakasih kepada /doknorm.blogspot.com). Saya galakkan kepada sesiapa yang terlawat keblog ini jangan tidak lawatlah ke doknorm.blogspot.com

WARM UP  COOLING DOWN  UNTUK PEMAIN-PEMAIN PETANQUE


                    Pemerhatian saya selama terlibat dalam permainan petanque kebanyakannya tidak menjalankan proses  dengan secukupnya. Sesetengahnya ada berkata kepada saya ia tidak perlu dalam permainan petanque. Saya tidak suka untuk berbahas atau menyanggah pendapat-pendapat rakan-rakan yang saya hormati. Apa pun disini eloklah kita melihat perkara ini dari sudut keperluan sukan itu sendiri yang amat memerlukan proses ini di lakukan sebelum memulakan sesuatu aktiviti fizikal. Bagi saya ia amat perlu dan akan memberikan banyak kebaikan dari segi kecergasan fizikal meskipun tidak menjamin kita untuk menjadi juara. Antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan nanti.

Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi beberapa informasi berkaitan dengan kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau bersenam agar ia menjadi tabiat (habit) yang dapat membantu anda. Berikut merupakan 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan:

1. Mengelakkan Kecederaan

 Kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.

 2. Meningkatkan Prestasi

Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.

3. Mengelakkan Kekejangan Otot

Seperti yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda

Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.

5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

6. Membantu Anda Tahan lebih Lama

Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.

7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus

Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.

Itulah dia 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan atau bersenam. Saya harap artikel ini dapat memberi tambahan ilmu kepada anda. Assalamualaikum.
    
                     Diruang ini saya mencadangkan aktiviti-aktiviti untuk dijadikan panduan untuk warmingup. Anda boleh ubahsuai mengikut keupayaan anda. Aktiviti ini mudah kerana tidak memerlukan sebarang peralatan.
  1. Workout Structure
  2. 3 Minutes warmup
  3. 17 Minutes Workout
A. Cardio warm up - 3 Minutes
  1. Leg swing  -  Right  Side                                   15 seconds
  2. Leg Swing -  Left  Side                                      15 Seconds
  3. Knee Up Rotation - Free hand                         30 Seconds
  4. Knee Up Rotation - Hand behind ears            30 Seconds
  5. Squats + Toe Touch Kicks                               30 Seconds
  6. Lines Jump                                                       30 Seconds
  7. Jumping Jacks                                                 30 Seconds
B. Hit Workout - 4 Exersises- Descending time interval: 60, 50,40 ,20 and 10 seconds. 10 seconds        between each. - 17 Minutes.

  1. Interval 60 Seconds - 4 minutes 10 seconds
  •  Flutter Kick Squats
  •  High Knee
  •  Burpees
  •  Jumping Jacks
  •  Rest -20 Seconds
2.   Interval  50 Second -    3 Minutes 10 seconds
3.  Interval   40 Seconds -  2 Minutes  50 seconds
4.  Interval  40  Seconds -  2 Minutes  50 seconds
5.  Interval   30 Seconds -  2 Minutes 30 Seconds
6.  Interval   20 Seconds -  1 Minutes 30 Seconds
7. Interval   10 Seconds  -  1 Minutes 

Menyejukkan badan
Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.


Boleh ubah suai. Saya pasti anda akan merasakan kesegaran dan akan rasa lebih sihat dan ceria.Ia akan meningkatkan kualiti dan kuantiti latihan dalam permainan petanque anda. Memudahkan kita untuk membuat - ibadat khasnya ibadat yang khususiah seperti sembahyang dan Haji. Selamat mencuba.  Assalamualaikum WBT. -Ibrahim Huri

Sunday, 16 February 2014



                                             Penglibatan di Persada Antarabangsa



     Bersama dengan kontingen Malaysia selaku Jurulatih  di Vientiane Laos Disember 2012. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak memberi pengalaman ertinya sebagai seorang jurulatih. Pencapaian 4 Perak dan 7 Gangsa dari 11 acara. Semua dapat tiada yang pulang dengan tangan kosong.  Terima kaseh Universiti Malaysia Pahang dan Majlis Sukan Universiti Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pemain Along, Angah, Wan . Atlet-atlet ini adalah golongan yang mempunyai kecergasan fizikal dan intelektual yang baik. Anda semua menjadi taruhan  harapan agama, keluarga, bangsa dan negara. Gunakanlah semua ini untuk membela agama, keluarga, bangsa dan negara. Semoga anda semua menjadi anak lelaki yang solleh dan perempuan yang solehah. Berjaya dunia akhirat. 





Mengajar Petanque di SMK Bukit Goh

15 February 2014- Saya mengajar pelajar-pelajar SMK Bukit Goh, Kuantan  mengenai asas permainan   petanque.  Sesi dibahagi 2 iaitu teori dan praktikal. Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru. Mereka kelihatan begitu berminat semasa penerangan. Minat semakin ketara apabila latihan praktikal dilakukan.
Bersama saya turut membawa lima orang pelajar lelaki Smkjp.

Setelah sesi tamat , saya tutup dengan sesi penilaian. Hasilnya pelajar-pelajar kelihatan sangat gembira mendapati kemahiran mereka semakin bertambah. Begitu juga  dengan guru-guru penasihat persatuan.
Sempat juga pelajar-pelajar Smkjp mengadakan pertandingan persahabatan dengan pelajar SMK Bukit Goh.

Tamat pukul 5.00 petang saya dan pelajar Smkjp bergerak ke Balok untuk sesi latihan bersama saya di
Gelanggang Petanque Balok pada hari esok (Ahad). Sampai di pantai Balok,  Pelajar  mandi di Pantai. Pukul 7.30 Solat jamak maghrib dan isyak. Lepas adakan tahlil dan tazkirah. Tidur dan iktikaf disurau Balok. Pagi solat subuh, tazkirah dan makan. Setelah itu mengadakan aktiviti latihan kecergasan fizikal. Pelajar saya tak mampu bertahan sehingga 20 minit. Tak larat.  Latihan pointing untuk hari ini saya tetapkan kepada berasaskan tapak. Jatuhan.  Pukul 1.30 solat jamak zohor asar dan makan.  Latihan disambung pukul 2.30 hingga 4.00 petang. Kemudian balik ke jengka.

Tahniah. kepada pelajar-pelajar ini kerana berdisiplin. Mereka dalam peringkat permulaan permainan petanque. Murid-murid ini saya pilih untuk mewakili kejohanan petanque Angkasa Negeri pada 7 MAC 2014. Masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan, dari segala aspek, Fizikal, Psykologikal, Taktikal dan teknik. Saya tertanya-tanya .. mampukah mereka mencapai kejayaan pelajar tahun lepas Johan zon dan negeri dan naib Johan Kebangsaan 2013. Saya positif jika mereka mahu berusaha. Masa ada lagi 22 hari.
Ayuh bangun , buat apa yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang juara. Ulangi kejayaan tahun 2008 kita Juara kebangsaan, Ketiga Kebangsaan 2010, Naib Johan Kebangsaan 2013. Apakah akan ada lagi kejayaan ini menjelma untuk tahun 2014. Minggu depan (22-23 Feb 2013) kita akan berlatih  di ABS Temerloh.

Thursday, 13 February 2014


                          Psikologi Sukan Petanque


Kebimbangan dan Kebangkitan (Aanxiety And Energizing)


 Definisi kebimbangan

• Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil daripada persepsi terhadap situasi yang dihadapi. Hal ini dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal dan rasa malu (Shaharudin, 2001).Menurut Weinberg dan Could (1999), kebimbangan adalah keadaan emosi yang negatif, merangkumi keresahan dan kerisauan yang berhubungkait dengankeaktifan seseorang dalam sesuatu bidang.

Biasanya, situasi kebimbangan tidak tetap dan sentiasa berubahubah. Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan dalam situasisituasi tertentu. Kebimbangan boleh mengganggu konsentrasi atlet malah mampu untuk menjejaskan corak persembahan dan prestasi mereka dalam pertandingan yang disertai. Semasa bertanding, perasaan bimbang bukan hanya dialami oleh atlet sendiri, tetapi juga dialami oleh jurulatih, penyokong dan penonton.Terdapat dua jenis kebimbangan iaitu kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

a. Kebimbangan tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada cirriciri personaliti individu yang berkecenderungan melihat pelbagai situasi sebagai mengancam. Mereka yang mengalami kebimbangan tret akan bertindakbalas terhadap situasisituasi pada tahap intensiti kebimbangan yang berlainan. Sebagai contoh, dua pemain hoki
ditugaskan membuat pukulan penalti di akhir perlawanan. Mereka mempunyai tahap kemahiran yang sama tetapi mempunyai tahap kebimbangan suasana yang berbeza disebabkan oleh personaliti mereka. Permain A mempunyai tahap kebimbangan tret yang rendah akan menganggap pukulan penalti bukan sesuatu yang mengancam. Sebaliknya pemain B yang tahap kebimbangan tretnya tinggi, menganggap mengambil pukulan penalti sebagai sesuatu yang mengancam.

b. Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika pula merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil
daripada tafsiran individu terhadap rangsangan di persekitarannya pada waktu itu.
Kebimbangan yang melibatkan situasisituasi tekanan dan cemas adalah bersifat
sementara. Sebagai contoh, ketika berhadapan dengan pihak lawan yang lebih mahir
sewaktu mengambil tendangan penalti yang akan menentukan kemenangan. Dalam
hal ini, kebimbangan merupakan masalah yang sering wujud di kalangan atlet apabila
menyertai sebarang pertandingan. Kebimbangan yang keterlaluan juga boleh
menjejaskan prestasi seseorang atlet.
Kawalan emosi Dan Prestasi
Emosi memainkan peranan utama dalam cara baik atau bagaimana buruk atlet menjalankan. Jurulatih perlu memahami bagaimana emosi memberi kesan kepada prestasi dan dapat membantu atlet mengawal emosi mereka.
 Emosi secara amnya dianggap mempunyai tiga komponen:
• Kereaktifan fisiologi (misalnya, meningkat kadar jantung, tekanan darah, & tindak balas kulit, ketegangan otot, dan sebagainya). Dalam sukan, peningkatan dalam arousal boleh menemani beberapa emosi seperti
kebimbangan & keseronokan, dan menurun dalam arousal boleh mengiringi emosi lain seperti kesedihan & kekecewaan.
• Pengalaman yang subjektif (apa yang orang sedar pengalaman semasa episod emosi; contohnya, perasaan marah, gembira, takut, dan lainlain saraf).
• Kecenderungan badan atau tindakan (contohnya, takut  lari; kesedihan bergerakgerak; terkemuka konservatif & prestasi menurun).
 Pengaktifan tahap dan Prestasi Puncak
• Pengaktifan merujuk kepada gabungan arousal mental, emosi dan fizikal. Ketigatiga faktor yang berkait rapat. Peningkatan dalam arousal emosi disebabkan, misalnya, dengan suatu ancaman yang sebenar atau khayalan diiringi oleh peningkatan dalam arousal fizikal. Arousal fizikal ini muncul sebagai tapak tangan berpeluh, kadar jantung yang lebih cepat dan ramarama dalam perut. Otak mengesan perasaan tidak selesa fisiologi ini dan mendapati mereka psikologi membimbangkan. Hasilnya ialah tekanan mental. Ini negeri yang dipergiat arousal mental meningkatkan tindak balas fizikal dan meningkatkan keberahian emosi. Begitu juga, penurunan arousal dalam manamana tiga kawasan, mengurangkan arousal dalam keduadua kawasan lain. Sebagai contoh, kerisauan mental tidak boleh bersama wujud dengan relaksasi fizikal, dan ketegangan mental dan emosi dilepaskan apabila ketegangan menurun fizikal. Untuk melaksanakan secara konsisten kepada potensi mereka, atlet perlu mampu untuk terus mengawal tahap pengaktifan mereka. Pesaing yang berjaya mampu untuk mengawal pengaktifan mereka sebelum dan semasa pertandingan. Tahap yang rendah pengaktifan cenderung untuk menghasilkan prestasi di bawah tahap potensi atlet. Di bawah pengaktifan mengganggu dengan fungsi badan dalam 3 cara.

  •  Secara fizikal gerakan perlahan.

  •  fisiologi refleks lambat.

  •  psikologi perlahan keupayaan membuat keputusan.
Perhatikan bahawa tahap pengaktifan yang tinggi tidak menjamin prestasi puncak. Pada paras yang tinggi pengaktifan, kunci kepada prestasi sumber pengaktifan sendiri. Jika sumber pengaktifan adalah positif, sebagai contoh, rasa keseronokan, kuasa, penentuan atau intensiti, akan membantu atlet berasa dalam kawalan.Tetapi jika sumber pengaktifan negatif kebimbangan, ketakutan, marah atau kecewa  atlet akan mengalami masalah yang sering dikaitkan dengan lebih arousal. Pengaktifan yang tidak terkawal dengan sumber negatif mengganggu badan dengan cara yang berikut:
• Secara fizikal menghalang fleksibiliti dan pergerakan.
• fisiologi menghalang pernafasan dan peredaran darah.
• psikologi menghalang keupayaan untuk memberi tumpuan kepada isyarat yang sesuai.
Apabila Pengaktifan adalah terlalu tinggi:
• Elakkan daripada memberi semangat ceramah umum yang termasuk atlet bimbang.
• Simulasikan situasi yang berdaya saing dalam amalan.
• Sediakan atlet itu dengan baik.
• Carta keyakinan dalam keupayaan atlet.
• Ingatkan atlet prestasi masa lalu yang baik.
• Projek imej yang tenang dan selamat diri.
• meremehkan kepentingan hasil.
• Jadi sebagai tidak mengancam yang mungkin.
 Apabila pengaktifan adalah terlalu rendah
• Beri ceramah semangat.
• Tekanan kepentingan hasil.
• Memperkenalkan bersorak oleh peminat.
• Mainkan muzik yang meriah.
 Arousal Mentenagakan Lain-lain atau Strategi Pengaktifan
• Secara umum, strategi tenaga arousal atau strategi psychingup teknik yang
direka untuk meningkatkan atlet tahap kebangkitan. Malah, dalam banyak
contoh, atlet atau pasukan yang lebih kuat telah dikalahkan oleh rakan-rakan mereka yang lemah semata-mata kerana mereka tidak bersedia untuk mereka.
Dalam erti kata lain, tahap kebangkitan mereka terlalu rendah.
• Strategi untuk meningkatkan pengaktifan arousal atlet termasuk: (a) Goal
setting, (b) Peptalk, (c) Buletin board, (d) Fan sokongan, (f) pengaktifan
Sendiri, dan (g) Prepersaingan kerja keluar.
a) Penetapan matlamat
Mencapai standard kecekapan yang khusus kepada tugas, biasanya dalam
had masa yang dinyatakan (Locke & Latham, 1985). Dalam menetapkan
matlamat, ia perlu spesifik, boleh diukur, dan diperolehi. Prinsipprinsip
penetapan matlamat yang berkesan termasuk:
• Buat matlamat khusus, boleh diukur, dan diperhatikan
• Jelas sekali mengenal pasti kekangan masa
• Gunakan matlamat yang sederhana sukar
• Tulis matlamat ke bawah, dan sentiasa memantau perkembangan
• Gunakan proses campuran, prestasi, dan matlamat hasil
b) Peptalk
Perbincangan Pep merujuk kepada ceramah yang kuat, emosi, kepada seseorang atau kumpulan, yang bertujuan untuk membangkitkan semangat, dan meningkatkan keazaman untuk berjaya. Semangatceramah
oleh ahli yang dihormati pasukan atau jurulatih adalah kaedah yang paling biasa untuk mengaktifkan tahap kebangkitan atlet. Antara bahanbahan penting semangat Perbincangan berkesan termasuk cabaran peribadi,
pertimbangan, dan nada suara suara.
c) papan bulletin
Dalam banyak cara, penggunaan papan buletin dan bercakap semangat adalah serupa. Sebaliknya membawa mesej lisan, visual mesej disampaikan dalam penggunaan papan buletin. Kisahkisah kejayaan,
gambar, cabaran peribadi beberapa contoh apa yang boleh dipaparkan di papan buletin.
d) sokongan penyokong
Sokongan daripada peminat merupakan satu ciri penting pasukan atau atlet yang berjaya. Dalam tempoh pengaktifan arousal, untuk mendengar peminat bersorak untuk pasukan sudah tentu akan menaikkan adrenalin atlet.
e) pengaktifan sendiri
Pelbagai strategi pengaktifan diri boleh digunakan untuk mengaktifkan tahap kebangkitan. Sebagai contoh, menggunakan pernyataan diri positif dalam kombinasi dengan strategi tingkah laku seperti paha menampar,
bertepuk tangan tangan atau tempatlompat adalah berkesan dalam meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot.
f) Latihan prapertandingan
Seperti yang kita lihat dalam 9 topik, senaman precompetitive seperti memanaskan badan boleh membantu atlet mental bersedia untuk persaingan. Malah, suatu yang baik hangat precompetitive juga berkesan
dalam meningkatkan tumpuan dan mengurangkan kesan negatif daripada kebimbangan yang kompetitif.
 Tahap ideal Pengaktifan Semasa Pertandingan
Emosi atlet mempunyai kesan yang kuat pada tahap pengaktifan mereka.Hasilnya, pesaing atas telah belajar untuk mengawal emosi mereka dan seterusnya mencapai pengaktifan optimum semasa pertandingan. Untuk memahami bagaimana atlet dapat mengawal emosi mereka, kita perlu tahu beberapa biologi yang berkaitan dengan ini. Apabila kita menghadapi situasi baru, luar biasa, atau mengancam, jawapan tidak sukarela tertentu berlaku. Jawapan ini meningkatkan tekanan darah, kadar jantung, aliran darah ke otot dan kadar metabolik. Mereka juga menyediakan individu untuk konflik atau melarikan diri. Tindak balas ini
dikenali sebagai tindak balas melawan atau penerbangan.Apabila tindak balas melawan atau penerbangan berlaku, sebahagian daripada sistem saraf yang tidak sukarela yang dipanggil sistem saraf simpatik menjadi sangat aktif dan merembeskan hormon tertentu yang membawa terhadap perjuangan ini fisiologi changes.The sambutan penerbangan yang berkaitan dengan lebihan aktiviti sistem saraf simpatik. Tindak balas melawan atau penerbangan berlaku berkalikali dan tanpa usaha sedar sebagai tindak balas kepada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tindak balas melawan atau penerbangan tidak mempunyai beberapa faedah. Ia boleh tenaga atlet memberikan mereka merasakan bahawa mereka mempunyai tenaga rizab. Satu lagi tindak balas, tindak balas kelonggaran, membawa kepada satu senyapan sistem saraf simpatik. Sambutan kelonggaran itu pengawal terhadap overstress  tetapi ia boleh menimbulkan hanya dengan usaha
sedar. Penggunaan tetap sambutan kelonggaran boleh mengimbangi kesan melawan atau maklum balas penerbangan.

 Keyakinan diri

Atlet yang hebat dalam
sebutan berubahubah yang percaya dalam diri mereka sendiri adalah kunci kepada kejayaan mereka dan mereka kembali ke atas dengan memancarkan keyakinan diri dalam permainan mereka. Beberapa atlet boleh mengetahui betapa pentingnya keyakinan diri, dan melihat dalam lain tetapi mendapati ia sukar
ditemui dalam diri mereka sendiri. Jurulatih sedar bahawa kejayaan yang membina berbisik, tetapi juga keyakinan diri yang diperlukan untuk berjaya. Atlet juara mempunyai keupayaan untuk mendapatkan lingkaran kejayaan keyakinan yang yakin kejayaan baka dan sebaliknya. Dan apabila mereka menjadi buruk,
juara juga mempunyai keupayaan untuk menghentikan diturunkan kegagalan sama keyakinan lingkaran.

 Kelonggaran

Empat kaedah latihan relaksasi untuk mengawal emosi semasa pertandingan adalah seperti berikut:

a.Menggunakan Badan untuk Minda Kawalan
Minda kepada kaedah kawalan badan juga dirujuk sebagai relaksasi fizikal atau relaksasi otot progresif (PMR). Kaedah ini melibatkan tensing dan santai kumpulan otot utama progresif. Teknik ini memerlukan subjek untuk merasakan ketegangan dalam setiap kumpulan otot dan biarkan pergi ketegangan jauh dari
badan. Apabila semua kumpulan otot yang benarbenar santai, minda akan dilonggarkan secara automatik.

Anda boleh membuat syaratsyarat yang kondusif untuk bersantai, seperti:

• Cari tempat yang tenang.
• Dim lampu.
• Longgarkan pakaian yang ketat.
• Lie dalam kedudukan yang selesa.
• Mainkan muzik latar belakang yang sesuai.
b.Menggunakan fikiran untuk mengawal badan
Minda untuk mengawal badan adalah kaedah kedua evoking respons relaksasi.
Kaedah ini kadangkadang dipanggil relaksasi mental.
Teknik untuk minda untuk mengawal badan adalah seperti berikut:
• Pilih persekitaran yang tenang.
• Dapatkan kedudukan yang selesa dan menutup mata.
• Tumpukan sepenuhnya untuk mengambil nafas dalam perut 165
• Mengamalkan sikap yang positif dan membenarkan apaapa gangguan yang
masuk ke minda melalui. Benarkan kelonggaran berlaku pada kadar sendiri.
• Menggabungkan kaedah kawalan fizikal dan mental
• Menjadi menyedari pernafasan anda. Walaupun bernafas keluar, ulangi
perkataan atau frasa, nafas dalam,keluar, dan ulangi; terus selama 10 hingga
20 minit.
Kaedah ketiga evoking respons relaksasi dengan menggabungkan kawalan fizikal
dan mental. Atlet belajar untuk mengesan dan melepaskan ketegangan fizikal, dan
mereka belajar untuk menggantikan pemikiran tertekan dengan menenangkan
fikiran.
 Menggabungkan pernafasan dan kaedah regangan
Kaedah keempat evoking respons relaksasi dengan menggabungkan
pernafasan dan senaman regangan.
• Stretch kumpulan otot yang khusus kepada barisan penuh gerakan.
• Ambil nafas dalamdalam dari abdomen.
• Bayangkan dan merasakan ketegangan yang bergerak melalui kaki.
• Ambil kali kedua atau bahkan nafas panjang ketiga, menggambarkan
dan merasakan kumpulan otot regangan.
• Pegang setiap regangan 15 hingga 20 saat. Setelah anda biasa dengan
empat kaedah relaksasi, anda lakukan yang berikut:
• Bantuan atlet mempelajari kaedah relaksasi yang mereka fikir adalah
yang paling berkesan.
• Mengajar atlet untuk berehat di atas petunjuk.
• Mengajar atlet untuk berehat di lokasi.
 Peringkat-peringkat Pengajaran Kelonggaran
Terdapat tiga peringkat dalam atlet pengajaran untuk berehat, kena pada
masanya dan di lokasi:
• Peringkat pembelajaran
• Peringkat simulasi
• Peringkat permohonan
Di peringkat pembelajaran, atlet:
• teknik Amalan selama 20 minit sehari dalam persekitaran yang
senyap;
• Membangunkan satu perkataan kiu yang menggerakkan minda
daripada rangsangan luaran (kerisauan atau kebosanan, misalnya)
kepada fokus dalaman (kelonggaran);
• Membangunkan sikap pasif kepada pemikiran mengganggu. Apabila
fikiran itu berlaku, atlet kembali ke pengulangan perkataan kiu
mereka tidak bimbang.
• Membangunkan keupayaan untuk melaksanakan teknik dengan
keputusan yang diingini dalam masa 3 hingga 5 saat.
Pada peringkat simulasi, atlet:
• Adakah diperkenalkan kepada situasi yang membawa kepada lebih
pengaktifan atau di bawah pengaktifan. Mereka bertindak balas kepada
situasi ini dengan teknik dari peringkat pembelajaran;
• Amalan jawapan dalam persekitaran amalan;
• Menilai dan menghalusi teknik; amalan lagi dalam persekitaran yang
senyap;
• Ulang proses amalan, penilaian dan penghalusan.
Pada peringkat permohonan, atlet:
• Gunakan teknik relaksasi mereka dalam situasi yang kompetitif;
• Menilai dan menghalusi teknik mereka dalam situasi simulasi dan
amalan;
• Gunakan teknik mereka dalam situasi permainan;
• Menilai, menghalusi dan mengamalkan teknik mereka;
• Memohon kelonggaran dalam situasi permainan.
 Tahap kelonggaran
Apabila pembelajaran untuk berehat, atlet melalui tiga tahap kelonggaran:
• Tahap Simbolik
Sengaja memperlahankan dan memperdalam kawalan reasserts
pernafasan atlet ke atas tindak balas mereka. Atlet Oleh itu, rasa lega,
dan mereka mula sedar bahawa mereka mewujudkan ketegangan atau
kelonggaran.
• Tahap Mental
Atlet memberi tumpuan kepada teknik kelonggaran, lantas mengarahkan
perhatian mereka jauh dari kebimbangan menyebabkan gangguan.
Atlet rasa kesan yang menenangkan kerana peralihan tumpuan, dan
mereka menegaskan kawalan ke atas diri mereka sendiri.
• Tahap fizikal
Dengan mengamalkan teknik, atlet menjadi dapat membangkitkan
respons relaksasi yang sebenar. Setelah belajar untuk mengawal emosi
mereka, atlet menjadi sedar keadaan yang mendalam tentang
kelonggaran.
Lama kelamaan, atlet boleh memohon sambutan kelonggaran dan
membangkitkan ia seperti yang diperlukan, contohnya:
• antara perhimpunan di gelanggang sukan;
• sebagai sebahagian daripada rutin pendek dalam bidang sukan sasaran;
• antara pengambilalihan dalam kriket;
• semasa tendangan bebas di sepak bola;
• antara hits percuma dalam hoki.
2. Kata-kata Kendiri (Self-Talk)
 Definisi
• Katakata Kendiri merupakan salah satu strategi kognitif yang boleh
menyakinkan individu untuk mencapai prestasi yang diingini. Katakata
demikian juga membantu mencapai kecemerlangan dalam latihan dan
pertandingan. Perkataan atau katakata kendiri boleh wujud dalam pelbagai
bentuk dan digunakan dalam situasi yang berlainan. Dalam konteks ini, kata
kata kendiri membantu atlet mempelajari kemahiran, memperbaiki kesilapan,
bersedia untuk pertandingan, memfokus perhatian, mewujudkan emosi yang
baik untuk bertanding, membina keyakinan dan meningkatkan
kecekapan.Selain daripada itu, katakata kendiri adalah:

  •  Sesuatu yang dilakukan oleh semua orang.

  •  Segala yang dilihat, rasa dan dialami diterjemahkan dalam bentuk perkataan yang menjadi dialog di dalam pemikiran.

  •  Berfikiran positif dan negatif mempengaruhi perasaan , keyakinan dan kesedaran pada diri seseorang.

  •  Boleh menjadi satu amalan atau kebiasaan.

  •  Amat sesuai bagi satu keadaan yang berlaku dalam jarak masa yang agak panjang (contoh: bermain pool)

  •  Salah satu cara untuk melepaskan kekecewaan atau perasaan malu.

  •  Dapat mengembalikan semula emosi atau mood yang boleh menjejaskan prestasi

  •  Dapat memberikan tumpuan semula

  •  Sangat berkesan semasa mempelajari kemahiran psikomotor di peringkat awal

  •  Kunci kepada kawalan kognitif

  •  Berkesan jika ia Positif; Berkait dengan kemahiran; Meningkatkan
  • Keyakinan Diri Corak berbentuk Positif, visualisasi Kejayaan, pemfokusan


Wednesday, 12 February 2014


Catatan peristiwa dan pengalaman dalam mendidik pelajar SMKJP melalui permainan petanque

From Zero To Hero

Bermula 2006 saya mula melatih pemain-pemain petanque di SMK Jengka Pusat hingga sekarang. Ketika itu kami tidak kenal apa itu petanque. Bermula dengan menjadi pasukan belasahan oleh pemain-pemain petanque di daerah, negeri dan kebangsaan. Tetapi dengan azam dan komitmen  pemain bermula 2008 pasukan saya mula mendapat kejayaan dengan menjuarai kejayaan pada peringkat umur yang setara dengan pemain yang saya ada. Menjuarai kejohanan MSSM Daerah dan Negeri. 


Kejohanan piala angkasa merupakan kejohanan yang berpresitej pada tahun awal pengelibatan kami dalam petanque. Sebelum tahun 2008 kami begitu mengkagumi pemain-pemain dari Felda Mempaga diperingkat negeri, Peringkat Kebangsaan kami mengkagumi kehebatan pemain-pemain dari negeri Melaka. Merekalah juara dipahang dan di peringkat kebangsaan. Kami hanya pemerhati dan berazam untuk berjaya seperti mereka. Usaha kami tingkatkan. Kami berusaha dan berdoa akhirnya Allah menentukan kami pula dengan menjadi Johan di peringkat zon, negeri dan kebangsaan pada tahun 2008. Rentetan dari itu beberapa siri kejayaan telah dapat kami capai.

Pemain-pemain ini mula terlibat dengan kejohanan yang lebih kompetitif di kejohanan terbuka kebangsaan. Pemain-pemain SMKJP mula mendapat tempat dalam pasukan Pahang dan sekarang mendapat tempat diperingkat Kebangsaan. Dua orang pemain telah dipilih untuk mewakili negara di Kejohanan peringkat Asia, Asia Pasifik dan Asia Tenggara.
Kini kejayaan naib juara Asia Pasifik, pingat gangsa single sukan sea, dan Asean Universiti Games  dalam koleksi kami.

Pasukan dari SMK Jengka Pusat telah melahirkan pemain-pemain yang boleh diketengahkan.

1. Mewakili Malaysia
     1. Ahmad Safwan Ibrahim - Asia Cup, Asia Pasifik Cup dan SEA Games 2011
     2. Mohd Intidzam Bin Mat Nor- Asean Universiti Games.

2. Pemain Sukma Pahang.
     1. Azfar Haris Bin Mohd Aziz
     2. Ameer ASyyraf Bin Mubin
     3. Mohd Syarizal Saberi
     4. Norhashima Bin Hasan
     5. Siti Aminah Binti Fauzi
     6. Mohd Faez Bin Zainudin 
     7. Mohd Arjuna Bin Anuar
     8. Ain Bin Remli

Sebahagian besar dari mereka kini merupakan pemain-pemain utama di IPT masing-masing.
Banyak kejayaan yang dicapai melalui kejohanan MASUM DAN SUKIPT.  
Tak siaplagi... akan dikemaskini.

Catatan tahun 2006-2008

1. Cikgu Aziz Bin Mohd Saad guru koperasi  SMK Jengka Pusat mula bermain petanque di atas padang rumput sekolah. Saya melihat dan berminat. Beberapa orang pelajar koperasi lelaki dan perempuan bermain dengan gembira dan penuh minat. Tak lama lepas tu saya joint sama.

2. Mula bermain dan mengajar pemain-pemain petanque. Semuanya "trial and eror".  Cikgu tak pandai main dan pelajar pun tak reti. Tapi suka dan gembira apabila dapat point dan shooting dengan baik. Serius untuk menang walaupun lawan dengan student sendiri. Student pun serius nak menang lawan cikgu. Selalu mencari apa yang patut dilakukan. Habis main hari ini dan seronok nak main hari esok.

3.  Antara pemain yang masih cikgu ingat, Zulfaiman, Sukiman, Safril - Bandar Pusat , azwaddy  PPTR,   Ajoi -Jengka 11. .... nanti sambung. 


Dimana mereka sekarang


1. Mewakili Malaysia
     1. Ahmad Safwan Ibrahim -  QC PRODUA
     2. Mohd Intidzam Bin Mat Nor-  Politeknik Kuantan

2. Pemain Sukma Pahang.
     1. Azfar Haris Bin Mohd Aziz - UITM Pahang
     2. Ameer ASyyraf Bin Mubin- Baru lepas SPM
     3. Mohd Syarizal Saberi - UITM Shah Alam
     4. Norhashima Bin Hasan - USM Pulau Pinang
     5. Siti Aminah Binti Fauzi -  PRA Varsiti SMKJP
     6. Mohd Faez Bin Zainudin  -ALAM  Melaka
     7. Mohd Arjuna Bin Anuar - Universiti Malaya
     8. Ain Bin Remli - UITM Pahang.

 Pemain-pemain petanque SMKJP


  1. Ajoi- Lim Kok Wing United Kingdom
  2. Sukiman - Malaysia Airlines
  3. Zulfaiman - 













SIJIL DAN PENGIKTIRAFAN DALAM PERMAINAN PETANQUE

1. Lulus "  Asia  Train The Trainer 2013" di Hanoi Vietnam. anjuran FIPJP/APSBC
2. Lesen C sijil Spesifik Petanque Majlis Sukan Negara.
1. Sijil Spesifik Petanque Tahap 1
2. Sijil Sains Sukan Tahap 1
3. Sijil Sains Sukan  Tahap 2
4. Sains Sukan Tahap 3 ( Belum buat Viva sahaja)



Pengalaman dalam bidang Kejurulatihan Petanque

1. Jurulatih Negara di Kejohanan  Asean Universiti Games 2012 di Vientiane Laos.
2. Jurulatih Pasukan SUKMA pahang 2012.
3. Jurulatih Pasukan Universiti Malaysia Pahang 
4. Jurulatih Pasukan Universiti  Institut Teknologi MARA cawangan Pahang.
5. Panel penceramah Permainan Petanque ANGKASA
6. Penceramah untuk pegawai PTD INTAN (INTIM TIMUR) Kemaman Terengganu.
7. Penceramah untuk pegawai Kolej Komuniti Temerloh.
8. Penceramah  untuk kursus petanque MASUM dan IPT.
9. Penceramah dan Fasilitator Kursus Kejurulatihan Tahap 1 anjuran  Persekutuan Petanque             Malaysia
10. Pengerusi Teknik Permainan Petanque Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 2009 - 2013
11. Pengerusi Persatuan Petanque Daerah Maran.
12, Ceramah Anjuran MASKOM di Kolej Komuniti Masjid Tanah  (11- 15 Mac 2013)


SURAT MENYURAT

APSBC ‘S TRAINER COURSE
20-23 September 2013
Hanoi, Vietnam

Trainers are the very first factors and persons who first contact and manage players.  Trainers are to know the strategic in preparing skills for every player and to prepare day to day lessons for every player in every level.  Furthermore, during the competition trainers must know not only players’ strength but also their weakness of each player and trainers have to make decision on the basis of their players’ competencies.
  
To fulfill the duties of the trainers, they must be trained and prepared and educated to the international level. 
Objectives 1. To prepare the trainers of APSBC 
2. To review all the petanque rules 
3. To train national trainer to be FIPJP’s standard


Qualifications of the participants 1. Trainers for petanque player
2. Fluent in speaking, writing in English or French
Training Methodology 1. In class
2. Field practice
Duration 20-23 September 2013
Place Hanoi Sport Complex
Course Fees • 175 US $ for Double Room and 200 Us $ for Single Room for 4 nights (19th – 23th September 2013) 12 meals (from diner 19th to Lunch 23th September 2013) 7 coffee breaks.  
All transportation within from Airport to Training Venue and back to the airport are included. (in case the details are provided before)
Languages • English 
• French 
By Mr. Victor NATAF, Technical Director, FIPJP
Examination • There will be an examination after the course, both theory and practice.