Translate

Sunday, 2 March 2014




EVIDENCE SIJIL-SIJIL BERKAITAN DAN PENYETAAN DALAM
SUKAN DAN PERMAINAN PETANQUE
NAMA: IBRAHIM BIN HURI  
Bil
ISI KANDUNGAN
TAHUN DAN TARIKH
NO RUJUKAN
ANJURAN/BADAN





2
SIJIL PENGIKTIRAFAN JURULATIH PETANQUE TAHAP 1
20- 24 NOVEMBER 2013
2010101
PERSEKUTUAN PETANQUE MALAYSIA
3
SIJIL PENGIKTIRAFAN  ARBITRE PETANQUE
23-25 MAC 2012
0070
PERSEKUTUAN PETANQUE MALAYSIA
4
 INTERNATIONAL  CERTIFICATE OF TRAINER PETANQUE
19-23 SEPT 2013
FIPJP/APSBC
F.I.P.J.P (INTERNASIONAL)
5
LESEN KEJURULATIHAN PETANQUE TAHAP 1
05/2011-04/2011
C 0410
MSN
6
SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN  TAHAP SATU
22- 26 SEPT 2008
BIL:10587
KOD KURSUS
1(17)08
LEMBAGA KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
7
SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN  TAHAP DUA
02-07 NOV 2009
BIL: 3359
KOD KURSUS:
2(24)09
LEMBAGA KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
8
PERLANTIKAN JURULATIH SUKMA PAHANG 2012
30 JAN 2012
MSP.PHG/011(T). 2.06 JLD 2-(83)
MAJLIS SUKAN NEGERI PAHANG
9
PERLANTIKAN JURULATIH UNIVERSITI MALAYSIA  PAHANG 2012
1 FEB 2012
UMP/19.00/12 20/2JLD2 (29)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
10
JURULATIH MALAYSIA UNTUK ASEAN UNIVERSITY GAMES  DI VIENTEANE LAOS
26- 28 8 2012
IIUM/507/12/2/1/6
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
11
PANEL PENCERAMAH PETANQUE ANGKASA
30 MEI 2012
AKKM :PB/3/4/JLD.1 (050)
ANGKASA
12
CERTIFICATE COACHING CONTINOUS EDUCATION COURSE (CCE) SPORT MASSAGE)
22- 23 JUN 2011
CAWANGAN KEJURULATIHAN
MAJLIS SUKAN NEGARA
13
CERTIFICATE COACHING CONTINOUS EDUCATION COURSE (CCE)
22- 24 JULAI 2011
CAWANGAN KEJURULATIHAN
MAJLIS SUKAN NEGARA
14
ISN LECTURE SERIES – BRIDGING THE GAP BEETWEEN SPORT COACHING AND SPORT SCEINCE
22-  FEB 2012
ISN
INSTITUT SUKAN NEGARA


15
CERTIFICATE  ISN LECTURE SERIES 3/2013
16 JULAI 2013
ISN
INSTITUT SUKAN NEGARA
16
CERTIFICATE   ISN LECTURE SERIES  SPORT TAPING
20 JUN  2013
ISN
INSTITUT SUKAN NEGARA
17
SIJIL KEHADHIRAN KURSUS TEKNIKAL DAN PENGADILAN PETANQUE
23- 25 MAC 2012
SUKMA 2012
SETIAUSAHA  KERAJAAN NEGERI PAHANG
18
SIJIL SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS KEJURULATIHAN PETANQUE SESI 01/2013 (TAHAP 1)
15- 18 NOVEMBER 2013
PERSEKUTUAN PETANQUE MALAYSIA
PERSATUAN PETANQUE NEGERI SELANGOR ((BARU
19
SIJIL PENGHARGAAN MAKSAK 2011
16- 18 DISEMBER 2011.
MAKSAK 2011
KSN
20
SIJIL BENGKEL PERSEDIAAN SUKAN PARALIMPIAD PAHANG 2012.
10 – 12 FEB 2012
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN
21
SIJIL JURULATIH UITM PAHANG
24- 30 NOV 2007
KARISMA
UITM PAHANG
22
SIJIL BENGKEL  LATIHAN FIZIKAL DAN STRATEGI PETANQUE
12 FEB 2005
ANGKASA PUSAT
ANGKASA PUSAT
23
SIJIL HIMPUNAN BICARA SUKAN NEGERI PAHANG 2013
15- 17 APRIL 2013
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG
JPNP
24
BENGKEL PEMURNIAN SILIBUS SUKAN SPESIFIK SESSI 1/2013

MAJLLIS SUKAN NEGARA
MSN
25
SIJIL KEJOHANAN PETANQUE MIX TRIPLE
9- 10 NOV 2013
MPT
MPT
26
SIJIL SEMINAR PERIODISASI PERSATUAN SUKAN PAHANG 2009
03-04 OKT 2009
PERSATUAN SUKAN PAHANG
psp
27
LESEN KEJURULATIHAN PETANQUE TAHAP 1
5/2011 – 04/2014
MAJLIS SUKAN NEGARA
MAJLIS SUKAN NEGARA
28
PENGERUSI TEKNIKAL KEJOHANAN PETANQUE KARISMA UITM 2007
24- 30 NOV 2007
UITM
UITM PAHANG













Saturday, 1 March 2014

Latihan piala angkasa 2014

Semalam 1 Mac 2013 melatih pelajar smkjp untuk menghadapi pertandingan piala angkasa 2014 di ABS Temerloh, Hari ini 2 Mac 2014. Semoga Allah permudahkan untuk saya mengajar dan murid-murid saya belajar akan kemahiran. Ude, Amsyar dan Aiman cikgu harap tahun ini kita akan dapat lebih baik daripada tahun lepas. Hari ini saya akan bacakan beberapa hadis nabi sebelum pelajar mula berlatih. semoga menjadi bekalan yang abadi untuk kebaikan dunia dam akhirat,

Hari ini 2 Mac.pun ada sirkit Pahang. Takdapat nak gi sebab pelajar saya masih banyak yang perlu dibaiki untuk petandingan minggu depan. Lagipun tak ada duit nak bayar penyertaan. Maklumlah anak-anak sekolah. Lain kali nanti cikgu cari duit.
Pukul 3.00 makan nasi di bukit angin, Aiman makan lauk ikan Afrika  keli goreng. Besor ikan keli. Drive ke jengka. Sampai paya pulai ngantuk tak larat nak drive. Tidur kejap bawah kanopi tepi jalan. Ude, amsyar dan aiman berlatih tepi jalan, excited and  comitted

Hari ketiga- cadang nak gi ABS tapi duit minyak tak ada. Duit belanja pelajar pun tak ada. Berlatih kat sekolah je lah.  Shooting  jek 3 jam. Freindly dgn geng pekjerja sekolah ( sekejap je - masa rehat di orang. Esok boleh gi ke ABS ke  dak. Mana nak cari duit ni.

Pelajar perempuan tak berlatih pun pagi ni. Harap adalah berlatih petang ni.

Hari keempat. Berlatih kat sekolahje. Repair padang agar sama dgn di ABS. Berlatih tempat ni dari pagi sampai tengahari.
KOLEKSI GAMBAR DIBANGKOK - LAWATAN ANTARABANGSA BERSAMA UMP












































Thursday, 27 February 2014

Asas Biomakenik Dalam Permainan Petanque





Asas Biomakenik Dalam Permainan Petanque
• Fokus kepada prinsip biomekanik yang kritikal berkaitan aktiviti sukan petanque
• Aplikasi prinsip biomekanik bagi membolehkan perolehan kemahiran motor melalui kaedah yang betul
OBJEKTIF
• Memberi deskripsi prinsip stabiliti dalam pelbagai situasi sukan petanque
• Membanding – bezakan konsep tork dan tuas dalam permainan petanque
• Membincangkan aplikasi prinsip jumlah paduan daya dalam aksi permainan petanque
• Mengenalpasti prinsip impuls momentum yang berkaitan dengan permainan petanque
Kinesiology
• Kines: Latin ==> “motion”
• logos: “study of”
• Study of Motion.
Kinesiology ==> Anatomy & Physiology, Psychology, Motor Development, Pedagogy,
Biomechanics
Kenapa belajar Biomekanik?
• Memahami bagaimana manusia bergerak.
– Meningkatkan pencapaian kemahiran
– Mengurangkan risiko kecederaan
• Teknik dan penggunaan peralatan bebanan
• Permukaan dan kasut
• Menghalusi kemahiran ubtuk atlet elit.
Konsep – konsep Kinetik Dalam Pergerakan
• prinsip stabiliti dalam situasi sukan petanque
•  Penggunaan konsep tork dan tuas dalam permainan petanque
• aplikasi prinsip jumlah paduan daya dalam aksi sukan petanque
• prinsip impuls momentum yang berkaitan dengan sukan petanque
Prinsip- Prinsip Stabiliti
Stabiliti merujuk kepada keadaan yang mampu membolehkan keseimbangan
dikekalkan. Dalam sukan petanque , aspek stabiliti penting kerana mengekalkan keseimbangan
adalah asas utama bagi membolehkan atlet melakukan pergerakan kemahiran yang
kompleks dengan baik. Penentuan posisi stabil adalah berdasarkan kedudukan pusat
graviti jasad.
Faktor – faktor mempengaruhi kestabilan
1. Garisan graviti: Jika pusat graviti beralih dari kawasan tapak sokongan
kestabilan akan berkurangan.
2. Pegun: Objek yang pegun lebih stabil daripada objek yang bergerak
3. Inersia: Objek yang mempunyai inersia yang tinggi lebih stabil daripada objek
yang mempunyai inersia rendah.
4. Luas tapak sokongan: Objek yang lebih luas akan lebih stabil.
5. Jisim: Objek lebih stabil apabila beratnya tertumpu pada tapak sokongan.
6. Pusat graviti: Objek lebih stabil jika pusat gravitinya lebih rendah
Pusat gravity (Centre of gravity)
Pusat graviti didefinisikan sebagai titik keseimbangan jasad. Penentuan pusat graviti
sesuatu jasad dipengaruhi oleh tumpuan taburan jisim jasad berdasarkan satah – satah
anatomi yang wujud dalam pergerakan. Bagi setiap jasad pegun, posisi pusat graviti
adalah tetap dan jasad tersebut akan berada di dalam keadaan yang dikenali sebagai
ekuilibrium.
Tapak sokongan
Faktor utama dalam pemerolehan stabiliti ialah saiz dan bentuk tapak sokongan. Syarat
untuk mencapai stabiliti ialah dengan memastikan pusat graviti sentiasa berada di atas
tapak sokongan.
Beberapa prinsip stabiliti yang releven dengan situasi kesukanan adalah seperti berikut :
PRINSIP 1
Jasad semakin stabil apabila kedudukan pusat graviti semakin rendah.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Bagi atlet petanque membengkokkan sedikit lutut  kaki yang dominan membantu ksetabilan pemain semasa melepaskan boule tertamanya untuk shooting.
PRINSIP 2
Stabiliti yang lebih tinggi akan dicapai sekiranya tapak sokongan diluaskan pada arah
tindakan daya.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Dalam petanque, ketika membuat lontaran pointing dan shooting, luaskan tapak
sokongan pada arah daya akan diaplikasi. Aksi meluaskan tapak sokongan secara
abduksi kaki pada arah pukulan menghasilkan posisi dirian yang lebih mantap.
PRINSIP 3
Jisim yang tinggi adalah jasad yang lebih stabil.

PRINSIP 4
Untuk kestabilan maksimum, garis graviti perlu merentasi tapak sokongan pada titik: (a)
yang menghasilkan julat pergerakan yang tinggi, dan (b) yang berlawanan arah dengan
daya yang menghasilkan pergerakan.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Ketika bersedia untuk membuat lontaran dalam petanque,  pastikan garis graviti berada di bahagian tengah tapak sokongan. Situasi ini boleh dicapai secara dirian dengan kaki diabduksi seluas bahu. Posisi begini selain menjamin tahap stabiliti yang baik, turut memudahkan pertukaran arah pergerakan.

PRINSIP 5
Daya geseran yang tinggi pada tempat kontek permukaan dan jasad akan menghasilkan
situasi yang lebih stabil.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Penggunaan kasut – kasut sukan yang sesuai mengikut keperluan stabiliti sukan  petanque yang
terlibat jelas memperlihatkan aplikasi prinsip ini. Sebagai contoh,  tapak kasut  pemain petanque perlu rata dan rendah
PRINSIP 6
Kestabilan dinamik lebih mudah dicapai sekiranya atlet memberi tumpuan visual
terhadap objek pegun.
 Kesetabilan static adalah perlu dilatih dan diamalkan dalam permainan petanque
Sistem Tuas
• sebuah mesin ringkas yang terdiri daripada sebatang palang rigid yang
membenarkan rotasi di aksis atau di fulkrumnya
• terdapat tuas kelas pertama, kedua dan ketiga
Tuas merupakan daya yang berkaitan dengan pergerakan angular / bersudut
Prinsip Impuls H Momentum
Banyak aksi dalam sukan petanque  melibatkan situasi kontek antara dua objek (sebagai
contoh, boule dan tapak tangan) . Prinsip impuls – momentum menjelaskan konsep – konsep kinetik yang menjadi teras kepada situasi kesukanan yang dinyatakan. Konsep utama yang perlu dikuasai melibatkan kefahaman tentang pertalian jisim – inertia dan jisim – daya.
Hukum Pertama Newton
• Sesuatu objek yang tidak bergerak, akan berada di dalam keadaan statik kecuali
diganggu oleh daya luar, atau jika bergerak akan bergerak terus dalam arah
yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar.
Hukum Newton Kedua
• Perubahan dalam kelajuan objek adalah berkadar terus kepada daya yang
menghasilkannya tetapi ia berkadar songsang dengan jirim.
• F / m = a, F = ma
Hukum Ketiga Newton
• Bagi setiap aksi ada reaksi yang sama dan bertentangan.
• Apabila sesuatu objek memberi tekanan kepada objek kedua, objek kedua itu
memberi tekanan yang sama kepada objek pertama itu.
Jisim dan inersia
Konsep Inertia dijelaskan menerusi Hukum Newton Pertama. Mengenai pertalian di
antara jisim dengan inertia, jisim jasad berkadar terus dengan inertia. Jadi, jasad
berjisim tinggi mempunyai inertia yang tinggi. Implikasi dalam sukan adalah bahawa
posisi asal jasad berinertia yang tinggi adalah lebih sukar untuk diubah berbanding jasad
berinertia rendah. Maksudnya, daya yang lebih akan diperlukan untuk mengubah
keadaan jasad yang mempunyai inertia tinggi berbanding jasad berinertia rendah.
Keseimpulannya, jasad berinertia tinggi berpotensi untuk mempunyai lebih stabiliti.
Pertalian F = ma
Rumusan F = ma menunjukkan bahawa Daya (F) adalah bersamaan dengan
hasil darab Jisim (m) dengan pecutan, di mana dalam kes – kes
jasad jatuh bebas, pecutan ini merujuk kepada pecutan graviti
dengan nilai mutlak 9.81 m / s
Dalam prinsip impuls-momentum, rumusan F = ma turut menunjukkan bahawa
perubahan momentum dalam jasad adalah sama dgn impuls yang dijana. Pertalian ini
boleh dibuktikan seperti berikut:
Dalam sukan, maklumat penting daripada hubungan ini ialah perkaitan sahih yang wujud
di antara jisim seseorang atlet dengan kuantiti daya yang mampu dijana olehnya.
Hasil perbincangan mengenai jisim, inersia dan hubungkaitan jisim – daya, beberapa
prinsip impuls – momentum yang releven dengan situasi kesukanan adalah seperti
berikut:
PRINSIP 1
Aplikasi daya impuls yang tinggi ke atas jasad pegun menghasilkan perubahan
momentum yang besar dan kelajuan akhir yang lebih tinggi.
PRINSIP 2
Jika aplikasi daya adalah sama bagi sesuatu jenis aksi, peningkatan masa ketika
aplikasi daya akan memindahkan kelajuan yang lebih tinggi ke atas jasad.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Semasa beraksi, peningkatan masa ketika aplikasi daya boleh dicapai dengan
memastikan pelaksanaan fasa ikut lajak. Rajah di bawah (fasa – fasa [a] ke [e])
menunjukkan aplikasi prinsip di atas ketika membuat aksi tendangan hantaran jauh.
PRINSIP 3
Secara keseluruhan, impuls yang tinggi boleh dijana secara memaksimumkan (a)
aplikasi daya, (b) masa aplikasi atau kombinasi daya dan masa optimum.
PRINSIP 4
Momentum diabadikan semasa pelanggaran atau kontek dua atau lebih jasad. Jasad
berjisim lebih tinggi akan mempunyai kelajuan pasca – kontek yang lebih rendah.
PRINSIP 5
Jasad bergerak mempunyai momentum, jadi impuls atau daya akan diperlukan untuk
menghentikan atau mengurangkan kelajuan pergerakan jasad tersebut.
MOMENTUM
• apa saja sistem yang bergerak, ia mempunyai momentum
• momentum ialah satu vektor kuantiti
• momentum melibatkan rintangan sesuatu sistem untuk berubah dalam pergerakannya dan  kelajuannya
• lebih besar rintangan atau lebih besar kelajuan sesuatu sistem maka lebih besar momentumnya
• kita lihat konsep momentum sesuatu sistem dalam:
• pergerakan linear
• pergerakan putaran
• dalam pergerakan linear
• M = mv ( M = momentum, m = jisim, v = kelajuan)
• apabila ada daya luar yang bertindak meningkatan atau mengurangkan kelajuan
maka momentum akan bertambah atau berkurang
• F=ma,
• purata kepecutan= perubahan kelajuan bagi masa
a= v/t, F=m(v/t)
F (t) = m (vt vi )
• Formula atas mengiatkan momentum impulse.
• Dalam sukan dan pergerakkan manusia, objek selalunya jisim
konstant.
Impulse
• IMPULSE : Kombinasi masa dan daya
• Dalam tubuh badan implus berkait dengan kekuatan dan fleksibiliti.
• Secara matematik Hukum Newton’s Kedua adalah F = ma.
• Ini hanya menunjukkan apa yang berlaku pada ketika itu.
• Dalam sukan dan pergerakkan manusia, hasil terakhir dari daya luaran yang
bertindak ke atas atlit atau objek dalam durasi masa dengan kepecutan semasa
atlit dan objek pada ketika daya dikenakan / aplikasikan diberi keutamaan.

Dalam entri ini saya mengalukan sebarang komen dan analisis yang lebih sistematik untuk permainan  petanque. Entri ini hanya merupakan suaian dari blog sport world info.  Pada entri yang akan datang  saya akan cuba mengolaho lebih sesuai dengan sukan petanque. Jom kita kongsi-kongsi.